Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Suriavolusi tarik perhatian lebih 3,000 pengunjung di KB Mall



SURIA FM terus mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminat dan pendengar setia stesen radio tersebut setiap kali turun padang dengan pelbagai program dianjurkan.

Terbaru, konsert SuriaVolusi yang melabuhkan tirai di pusat beli-belah Kota Bharu, Kelantan pada 28 Oktober (Sabtu) lalu turut mendapat perhatian serupa dengnan kehadiran lebih 3,000 pengunjung.

Konsert tersebut menampilkan barisan artis lama dan baharu berkongsi pentas menghiburkan peminat yang hadir. Mereka terdiri daripada Azlan and The Typewriter, Aju Success, Halim Yazid & Dikir Barat dan Renggo Arrow.

Azlan and The Typewriter, Aju Success dan Renggo Arrow.

Halim Yazid & Dikir Barat 


Tidak hanya persembahan pentas, acara yang bermula seawal jam 10 pagi itu turut menyajikan pelbagai aktiviti menarik.

Antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, penyerahan sumbangan sebanyak RM7,000 kepada beberapa badan organisasi seperti Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa’ Darul Mizan, Masjid Al-Ridhuan Kubang Kerian dan Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia.

Lebih menarik, Suriavolusi di Kelantan telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Kelantan, Hilmi Abdullah.

Turut hadir ialah Presiden Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia, Haji Abdul Shakur yang dalam masa sama memberikan perkongsian serta pendedahan mengenai misi bantuan mereka buat rakyat Palestin.





Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau Dj Lin, pihaknya terharu dengan sambutan hebat daripada warga Kelantan yang hadir memeriahkan acara tersebut.

“SuriaVolusi berakhir dengan cukup meriah di Kelantan walaupun terdapat beberapa syarat dan sekatan oleh pihak kerajaan negeri yang perlu dipatuhi.

"Mewakili Suria FM, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu, Bandar Raya Islam atas kerjasama yang diberikan juga terima kasih buat semua pengunjung yang hadir dan sudi meluangkan masa berhibur sambil menyumbang menerusi Tabung Cakna Palestin di lokasi akhir Suriavolusi pada sabtu lalu.

“Alhamdulillah, kami bersyukur apabila jalinan kerjasama bersama AC Gas dipermudahkan melalui konsert Suriavolusi ini. Semoga lebih banyak jalinan kerjasama di masa mendatang,” katanya. - 7KLIK


[KREDIT: Suria FM]












Post a Comment

0 Comments