Hot Posts

6/recent/ticker-posts

"Alhamdulillah syukur" - Fizi Ali kembali bergelar suami, akhiri status duda




PENYAMPAI radio Hot FM, Fizi Ali berkongsi berita gembira selamat melangsungkan pernikahan gadis pilihannya pada Isnin.

Perkongsian tersebut dilakukan Fizi atau nama lengkapmya Mohd Hafizudin Alimudin, 36, menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik fotonya dalam persalinan pengantin berona putih bersama pasangan.

"Alhamdulillah syukur. Bermula satu perjalanan baharu dalam hidup kami. Terima kasih semua mendoakan yang baik untuk kami. Semoga doa-doa yang baik kembali semula dekat kalian," tulisnya ringkas tanpa memberikan perincian mengenai majlis tersebut.

Difahamkan isteri Fizi yang dikenali sebagai Tiz itu merupakan seorang ahli perniagaan.

Fizi yang bergelar duda selama dua tahun itu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakila Khoriri pada Februari 2018 sebelum bercerai pada 2021. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun. - 7KLIK


[KREDIT FOTO: Instagram Fizi Ali]




Post a Comment

0 Comments