Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KPOP Demon Hunters Jadi Fenomena Global, Versi Sing-Along Kini di Netflix


SEJAK tayangan perdananya pada 20 Jun lalu, KPop Demon Hunters terus mencatat sejarah sebagai filem animasi asli Netflix paling popular sepanjang masa.

Malah, ia juga menjadi filem animasi original pertama yang berjaya menembusi senarai Most Popular Movies (English), satu pencapaian luar biasa untuk sebuah filem animasi.

Bukan setakat visual dan jalan ceritanya yang mencuri perhatian, malah runut bunyi rasmi KPop Demon Hunters juga meledak di seluruh dunia.

Dengan lebih 3 bilion jumlah strim global, album ini menguasai carta musim panas tahun ini. Lagu utamanya, 'Golden', mencatat kejayaan fenomenal apabila berjaya menduduki #1 di Billboard Hot 100, menjadikannya salah satu lagu breakout paling besar tahun ini.

Sekarang, keseronokan menonton KPop Demon Hunters jadi lebih interaktif dengan versi terbaharu Sing-Along. Inilah peluang peminat untuk melantunkan semua lagu kegemaran daripada filem ini dengan lirik penuh di skrin.

Seperti mana tagline ikoniknya, 'We’re goin’ up, up, up - now it’s Your moment!', edisi ini memang dicipta khas untuk penonton yang mahu menyanyi bersama sepanjang kisah penuh aksi dan persahabatan ini.



Kisahnya masih sama, tentang tiga sahabat yang bersatu dengan kuasa suara mereka demi menyelamatkan dunia. Bezanya kali ini, anda turut jadi sebahagian daripada perjalanan itu, sebagai kawan duet mereka.

Barisan Kreatif & Pelakon Suara

Filem ini diarahkan oleh Maggie Kang dan Chris Appelhans, dua nama yang berjaya menghidupkan dunia fantasi KPop Demon Hunters dengan penuh gaya.

Turut menguatkan jiwa filem ini adalah barisan pelakon suara yang hebat iaitu Arden Cho, Ahn Hyo-seop, May Hong, Ji-young Yoo, Yunjin Kim, Joel Kim Booster, Liza Koshy, serta penampilan istimewa daripada Daniel Dae Kim, Ken Jeong, dan Byung Hun Lee.

Dengan gabungan cerita penuh emosi, muzik bertenaga, dan kini versi Sing-Along yang menyeronokkan, KPop Demon Hunters terus membuktikan bahawa fenomena K-pop bukan sekadar muzik, tapi budaya global yang mampu menghubungkan peminat di seluruh dunia. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments