Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Rai semangat kemerdekaan dengan Viu Lokal Lah!



VIU Malaysia meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66 dengan kempen Viu Lokal Lah! Kempen tersebut merupakan salah satu inisiatif dan komitmen Viu dalam menyokong industri seni tanah air melalui penyiaran kandungan tempatan dan juga penerbitan Viu Original.

Sepanjang bulan Ogos, Viu telah menayangkan pelbagai drama dan filem tempatan termasuklah drama Viu Original yang terbaharu dan yang telah mendapat pelbagai pengiktirafan di pelbagai peringkat.

Antara drama yang ditayangkan ialah I Love You, Stupid, Nenek Bongkok Tiga, Hilang, She Was Pretty (Malaysia), Keluarga Baha Don (musim 1-3) dan Black. Sementara filem pula ialah Pekik, Roh, Mukhsin dan banyak lagi.

Kempen ini bakal melabuhkan tirainya dengan acara kemuncak pada 31 Ogos 2023 bertempat di LaLaport BBCC bermula pada jam 4 petang hingga 10 malam.

Viu Lokal Lah! Live Showcase yang dipersembahkan oleh Vivo Y78 5G ini dimeriahkan lagi dengan persembahan dari penyanyi popular tempatan antaranya Bunkface, Saixse, Kidd Santhe, Radhi OAG & Budak Scene All-Stars, MK K-Clique, Aisha Retno dan Fimie Don.

Viu Lokal Lah! Live Showcase ini turut menampilkan barisan pelakon Viu seperti Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Mierul Aiman, Tony Eusoff, Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Ikmal Amry dan ramai lagi.

Viu-ers boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan bermula pada jam 4 petang termasuk mengunjungi gerai dari vendor tempatan Hausboom dan Empayar Kuku Besi serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah eksklusif dan sesi Meet & Greet bersama pelakon Viu. - 7KLIK  




































[KREDIT FOTO: Viu Malaysia]

Post a Comment

0 Comments