Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Berpisah jua... Farid, Diana sah bercerai talak satu



OLEH: Aileen Adam


KEMELUT rumah tangga pelakon popular Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya menemui titik nokhtah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu pada Khamis.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 42, melafazkan talak terhadap Diana, 32, menerusi panggilan video setelah tidak dapat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Difahamkan pelakon filem Anwar itu tidak dapat menghadirkan diri pada prosiding tersebut disebabkan masalah kesihatan dan baru pulih daripada jangkitan Covid-19.

Susulan itu, peguam syarie mewakili Farid iaitu Fakhrol Azman Abu Hassan membuat permohonan kepada mahkamah untuk mengadakan prosiding secara dalam talian.

Sementara itu, Diana atau nama sebenarnya Danielle Danny Beeson, kelihatan tenang ketika prosiding berlangsung dan reda dengan apa yang telah ditentukan.

Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments