Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KALAU JODOH TAK KE MANA, JLO & BEN AFFLECK AKHIRNYA KAHWIN


SELEBRITI popular Hollywood, Jennifer Lopez dan Ben Affleck selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri di Las Vegas, Amerika Syarikat pada hujung minggu lalu.

Difahamkan Lopez atau lebih dikenali sebagai Jlo, 52, dan Affleck, 49, memilih majlis perkahwinan yang serba ringkas dan hanya diadakan secara kecil-kecilan bersama keluarga terdekat.

Pasangan popular itu pernah bertunang pada tahun 2002, namun ikatan itu terlerai pada tahun 2004 setelah rancangan perkahwinan mereka tertunda. Ini merupakan perkahwinan kali keempat buat Jlo, manakala kedua buat Affleck.

JLo mempunyai dua cahaya maya iaitu pasangan kembar, Emme dan Max yang kini berusia 14 tahun menerusi perkahwinan dengan bekas suami, penyanyi Marc Anthony.

Affleck pula merupakan bapa kepada tiga orang anak iaitu Violet, 16, Seraphina, 13 dan Samuel, 10, hasil perkahwinan dengan bekas isteri, aktres Jennifer Garner.

Post a Comment

0 Comments