Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Aplikasi Smart Selangor Parking dapat sambutan ramai




PENERIMAAN penggunaan aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) dalam kalangan penduduk Selangor semakin mendapat sambutan menjelang suku ketiga tahun 2022.

Sehingga Julai tahun ini, lebih daripada dua juta pengguna telah muat turun aplikasi (SSP) dan peningkatan jumlah pengguna baharu menunjukkan penerimaan masyarakat kepada penggunaan aplikasi ini telah berkembang.

Menurut Ketua Pengarah Bahagian Perancangan Strategik Smart Selangor Delivery Unit (SSDU),  Mazlan Mahadi, peningkatan pengguna aplikasi tersebut dilihat semakin bertambah apabila SSDU telah melaksanakan kempen pemberian kredit percuma kepada pengguna baharu sepanjang Program Jelajah Selangor Penyayang anjuran Kerajaan Negeri Selangor.

“Masyarakat dilihat semakin menerima penggunaan aplikasi digital kerana ia lebih memudahkan mereka dalam menguruskan urusan harian. Selain membantu dalam pembayaran tapak parkir pengguna, aplikasi tersebut juga menunjukkan aras kemajuan yang baik kepada Negeri Selangor yang mahu menjadikan negeri ini sebagai negeri pintar berdaya huni di ASEAN menjelang tahun 2025," katanya.


Berbaki dua lagi lokasi jelajah yang akan berlangsung pada Julai ini, SSDU menganggarkan bilangan pengunjung yang akan memuat turun aplikasi ini akan bertambah berikutan lokasi yang amat strategik dengan kepadatan penduduk.

Dua lokasi jelajah seterusnya bertempat di Dataran Boulevard, Laman MBPJ Petaling Jaya pada 23 Julai, manakala yang terakhir akan berlangsung di Padang Awam Batu Caves Gombak pada 31 Julai 2022.

Sebelum ini pengguna perlu membeli kupon di lokasi tertentu untuk melakukan pembayaran parkir kereta. Keadaan ini dilihat agak menyukarkan kerana tidak semua kedai dan juga wakil jualan berada di satu kawasan apabila pengguna memerlukan kupon untuk pembayaran parkir kereta.

Selepas pembayaran parkir kereta secara digital sepenuhnya dilaksanakan bermula 1 April 2022, bukan sahaja dapat memudahkan pengguna untuk bayar parkir kereta, bahkan turut mengurangkan jumlah penjimatan kertas sehingga hampir 150 kilogram.

Tambahan lagi, selain dari memperkasakan aplikasi Smart Selangor Parking, SSDU juga telah membina aplikasi Citizen E-Payment Platform (CEPat), sebuah platform pembayaran atas talian melibatkan perkhidmatan permohonan lesen, kompaun dan cukai taksiran di lapan PBT di Selangor.

Kedua aplikasi ini boleh dimuat turun di Apple Appstore bagi pengguna peranti IOS dan juga Google Play Store bagi pengguna peranti Android. - 7KLIK






Post a Comment

0 Comments