Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[Al-Fatihah] Amran Tompel meninggal dunia akibat kanser usus


PELAKON dan pelawak veteran,  Amran Aman Ramli atau lebih dikenali sebagai Amran Tompel meninggal dunia di kediamannya di Senawang Negeri Sembilan, sekitar jam 4.37 petang, pada Sabtu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun di sisi anaknya setelah sekian lama menderita sakit kanser usus. Allahyarham dilahirkan pada 27 Oktober 1950 di Singapura itu meninggalkan isteri dan empat anak.

Amran Tompel tampil dengan filem pertama lakonan beliau pada tahun 1987 menerusi filem Keluarga 69, selain Buai Laju-laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak, Bilut, Baik Giler, Lu, Gua, Bro, Gerak Khas dan banyak lagi. - 7KLIK


[KREDIT: Seniman Malaysia]

Post a Comment

0 Comments