Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TRENDING SETIAP EPISOD, TAKDIR YANG TERTULIS BUAT SEMUA ORANG TAK SENANG DUDUK



SLOT Samarinda sekali lagi tampil dengan sebuah drama yang sangat menarik jalan ceritanya, Takdir  Yang Tertulis.

Drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu yang mula bersiaran pada 21 Januari lalu itu mendapar sambutan hangat daripada penonton semenjak episod pertama lagi.

Penangan lakonan mantap dan jalan cerita hebat, drama yang menyaksikan gandingan Nad Zainal, Nazim Othman dan Elvina Mohamad itu menjadi bualan hangat netizen sehingga trending pada setiap episodnya.

Apatah lagi dengan deretan plot twist yang ditampilkan menjadikan tontonannya penuh dengan debaran seolah-olah hidup dalam cerita itu.


SINOPSIS TAKDIR YANG TERTULIS

Juweta (Nad Zainal) dan Azlan (Nazim Othman) merupakan sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga. Azlanmerupakan Ketua Pegawai Operasi, manakala Juweta adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik keluarganya.

Kadang kala ketegangan antara mereka turut dirasai di tempat kerja terutamanya ketika Azlan telah membentangkan idea dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tanpa persetujuan Juweta. Lalu berlaku satu pertengkaran besar di pejabat mereka.

Peristiwa yang amat memalukan Azlan itu telah diadukan kepada rakan baik mereka, yang juga pembantu peribadi Juweta, Ruhila (Elvina Mohamed). Bukan itu sahaja yang diadukan kepada Ruhila, kebanyakan perihal Mika (Isaac Iman), anak Azlan dan Juweta juga telah diserahkan kepada Ruhila.

Kebergantungan menyeluruh Juweta kepada Ruhila adalah kerana kesibukan Juweta dengan hal syarikatnya.

Azlan akhirnya tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami, telah melafazkan cerai terhadap Juweta. Sebuah lagi pertengkaran besar tercetus antara mereka sehingga dipanjangkan ke pengetahuan Mika.

Berasa dikhianati, Juweta nekad untuk ke pejabat dan memecat Azlan. Tetapi, tibanya Juweta di pejabat, Juweta terkejut saat melihat kehadiran peguam syarikat untuk membawa khabar buruk. Apakah khabar buruk tersebut yang ingin disampaikan peguam syarikat Juweta? Ikuti setiap episod Takdir Yang Tertulis sehingga ke penghujungnya!


WATAK & PELAKON
Nad Zainal sebagai Juweta
Nazim Othman sebagai Azlan
Elvina Mohamad sebagai Ruhila
Alvin Chong sebagai Ean
Didie Alias sebagai Che Salmah
Iman Suhana sebagai Ruzita
Muaz Fitri sebagai Hakim
Uchee Fukada sebagai Kak Jo
Isaac Iman sebagai Mika



TAKDIR YANG TERTULIS
Bahasa: Melayu
Episod: 15
Hari: Isnin hingga Khamis (Bermula 21 Januari)
Masa:10 Malam
Saluran: TV3 (Slot Samarinda)
Terbitan: Radius One
Skrip: Shahrulezad Mohameddin & Uchee Fukada
Arahan: Shahrulezad Mohameddin
Pelakon: Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, Alvin Chong, Isaac Iman, Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri Maslan



[KREDIT: TV3]

Post a Comment

0 Comments