DEMI membangkitkan semangat dalam usaha memerangi penularan pandemik Covid-19, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) bekerjasama untuk menghasilkan single yang bakal dilancarkan pada bulan ini.
Selain itu, larian maya dan konsert siaran langsung bakal diadakan pada April depan. Kolaborasi istimewa bersama Allianz We Care Community ini bakal dimulakan dengan pelancaran sebuah lagu khas daripada Universal Music Malaysia berjudul We Care.
Ia juga merupakan satu inisiatif yang memberikan perlindungan Covid-19 dan manfaat penjagaan kesihatan percuma kepada pelanggan Allianz Malaysia dan juga mereka yang bukan pelanggan.
Lagu We Care dipersembahkan secara eksklusif oleh penyanyi dwibahasa terkenal Malaysia iaitu Alvin Chong, kumpulan pop yang sedang meningkat naik Dolla, bintang pop Thai-German Jannine Weigel dan penyanyi lagu Mandopop Malaysia Nicole Lai.
Lai yang menandatangani kontrak bersama Universal Music pada Oktober tahun laluturut menyumbangkan sentuhan kreatifnya dengan menulis lirik Mandarin dalam projek pertama bersama Universal Music Malaysia ini. We Care juga merupakan lagu pertama bagi kesemua anggota Dolla untuk menyerlahkan bakat rap mereka.
Single tersebut diinspirasikan oleh situasi pandemik 2020 yang telah mengubah kehidupan masyarakat seluruh dunia. Sokongan sesama masyarakat adalah sangat penting pada masa ini. Oleh itu, lagu ini diharapkan dapat memperkukuhkan semangat pendengar untuk terus cekal dan tabah.
Menterjemahkan mesej positif menerusi lagu ini, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia juga berharap lagu ini akan menginspirasi orang ramai untuk tidak berputus asa dalam menentang pandemik dan terus menyokong satu sama lain dalam tempoh sukar ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Berhad, Joseph Gross berkata;
Diterbitkan oleh Universal Music Malaysia, We Care akan dilancarkan di platform penstriman digital utama termasuk Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan Deezer pada 15 Januari lalu.
Untuk merancakkan lagi video muzik rasmi We Care yang akan ditayangkan pada Februari 2021, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia akan memberikan peluang kepada dua orang pemenang istimewa untuk tampil dalam video muzik tersebut bersama keempat-empat penyanyi hebat ini.
Kongsi kisah COVID-19 anda di http://umusic.digital/sharethecare dan berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada bintang video muzik tersebut.
Semua peserta akan menerima perlindungan Covid-19 percuma di bawah Allianz We Care Community. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Selain daripada kolaborasi lagu ini, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia juga akan menganjurkan larian maya We Care dan konsert siaran langsung pada bulan April 2021, di mana hasil daripada kutipan larian maya ini akan disalurkan kepada organisasi amal.
Untuk maklumat lanjut, ikuti @universalmuzikMY dan @AllianzMalaysia di Facebook, serta @universalmusic_my dan @allianzmalaysia di Instagram.
0 Comments