Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[Trivia] Cikgu Shafi, guru vokal kesayangan ramai





SEBUT sahaja namanya, pasti ramai yang mengenali sosok yang paling dikagumi dan menjadi idola ramai orang.

Cikgu Shafi atau nama penuhnya Shafizawati Sharif, 43, sememangnya seorang guru vokal berkaliber dan telah melahirkan ramai anak didik yang kini bergelar penyanyi hebat tanah air sepanjang lebih dua dekad dalam bidang pembelajaran vokal.

Bukan sahaja bertindak sebagai seorang guru vokal, tetapi cikgu Shafi juga disenangi ramai kerana personalitinya yang baik dan penyayang.

Sempena sambutan ulangtahun kelahirannya yang jatuh pada hari ini iaitu 7 November, kami di 7Klik ingin dedikasikan rasa penghargaan kami menerusi trivia khas kepada cikgu vokal kesayangan ramai yang bernaung di bawah zodiak Scorpio ini.




  • Nama penuh Cikgu Shafi ialah Shafizawati M. Shariff.
  • Merupakan anak kepada peyanyi lagenda 1960'an M. Shariff.
  • Lahir pada 7 November 1977 dan berasal dari Kuala Lumpur.
  • Merupakan pengasaas dan pemilik Shafi Vokal Studio yang mula  beroperasi pada 2007 dan terletak di Taman Malawati, Kuala Lumpur.



  • Pernah menuntut di Akademi Seni Kebangsaan dan telah lulus dengan cemerlang dalam Diploma Seni Muzik (Major Vokal dan Susunan) pada tahun 2001.
  • Memiliki Gred 8 Vokal (ABRSM) pada tahun 2000 dari United Kingdom, Gred 8 Piano dan Gred 8 Teori Muzik dari institusi yang sama di sana. 
  • Major kepada Latihan Vokal, Piano, Teori Muzik/Susunan Harmoni/Sebutan Lirik (Bahasa German, Itali dan Perancis) dan Latihan Koir.



  • Pernah menyumbangkan suara untuk Konsert Sharifah Aini, Teater Rubiah, album Sheila Majid dan persembahan bangsawan. 
  • Turut menyumbangkan ilmu muziknya bersama Classicomm Vocal Center dan Kementerian Pendidikan.
  • Pernah bertugas sebagai Guru Muzik & Koir di Kolej Tunku Ja'afar
  • Penasihat Koir bagi Malaysian Youth Orchestra & Choral Group.



  • Merupakan guru vokal untuk program Akademi Fantasia (AF4, AF5, AF6, AF7, AF9 dan AF2013), program On Air, Kilauan Emas, Gegar Vaganza, Big Stage 1-3, Mentor, Ceria Pop Star dan lain-lain.
  • Pernah menjadi jurulatih vokal untuk penyanyi Amy Search, Ning Baizura, Nurul, Kumpulan Rabbani, Amy Mastura, Hafiz Suip, Hazama, Akim, Stacy, Siti Nordiana, Aina Abdul, Yonnyboii, Zynakal dan ramai lagi.




[CREDIT FOTO: Instagram Cikgu Shafi/SUMBER: Wikipedia]

Post a Comment

0 Comments