Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sumpah, Juara Lagu ke-34


MENEPATI ramalan ramai, lagu Sumpah ciptaan Naim Daniel dan Omar K diangkat sebagai Juara Lagu, Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.

Sumpah nyanyian Naim Daniel membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000, baucar CJ Wow Shop bernilai 10,000 beserta trofi.

Naib juara menjadi milik lagu Bangun, ciptaan Navigator dan nyanyian oleh Aman RA,  manakala Anta Permana ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong yag dinyanyikan oleh Bob Yusof di tempat ketiga.

Sementara penyanyi Hafiz Suip mengungguli kategori Vokal Terbaik buat kali keempat di Anugerah Juara Lagu, dan turut meraih kemenangan berganda menerusi kategori Persembahan Terbaik bagi lagu nyanyiannya, Kisah Cinta Kita.

AJL34 yang menampilkan tema Warna Warna Suara itu turut menampilkan finalis yang terdiri daripada, Ernie Zakri, Aina Abdul, Hazama & The Penglipur Lara, Akim & The Majistret, Drama Band, Haqiem Rusly, Kugiran Masdo, dan Fairuz Misran.

Kesemua finalis pada malam ini diadili barisan juri yang terdiri daripada Ajai (Ketua Juri), Datuk Mokhzani, Datuk Wah Idris, Helen Yap, Sharon Paul, Azmeer, Edrie Hashim, Altimet, Aznul Haidi dan Cat Farish.  

AJL34 dihoskan oleh Sherry AlHadad, Awal Asari dan Haziq Hussni. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments