Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KONSERT VM2020, PENGUMUMAN PROGRAM ISTANA BUDAYA 2020


KONSERT VM2020 yang dirasmikan oleh YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia adalah sebuah persembahan kebudayaan dan seni pentas yang menghimpunkan beberapa acara menarik yang bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya dan sekitar Kuala Lumpur bersempena kempen Visit Malaysia 2020.

Konsert ini diadakan secara kolaborasi pintar bersama agensi/jabatan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bertujuan merancakkan rangka promosi untuk menggalakkan kedatangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Malaysia.

Diserikan dengan barisan artis terkenal tanah air seperti Dato’ Jamal Abdillah, Dato’ Jeffrydin, Dato’ Ramli Sarip, Dato’ Yusni Hamid, Noraniza Idris, Syamel, Ernie Zakri, Asmidar, Idayu dan Rojer yang diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK), Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) serta Artis Tari Istana Budaya, konsert ini turut dimeriahkan dengan persembahan tarian oleh Kumpulan Genius Tari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Turut dipaparkan sepanjang konsert ini adalah video-video promosi program-program utama agensi/jabatan untuk tahun 2020 di bawah MOTAC antaranya JKKN, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta video Asia-Pacific Economic Cooperation(APEC)

Selain itu, kalendar program Istana Budaya turut diumumkan yang mana setakat ini terdapat 27 pementasan tempatan dan antarabangsa untuk sepanjang tahun 2020. Daripada jumlah tersebut, 8 adalah teater, 13 program muzik dan selebihnya tari, anugerah dan festival. 

Istana Budaya masih menerima banyak permohonan kemasukan produk pementasan dalam dan luar negara yang mampu menarik lebih ramai penggemar seni persembahan pentas serta dapat menjana pendapatan negara melalui hasil yang diperolehi melalui jualan tiket.

Selain konsert, terdapat pameran produk dan perkhidmatan daripada agensi/jabatan iaitu JKKN, Kraftangan, PNM, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan Malaysia Tourism Centre (MaTiC). Istana Budaya dengan kerjasama Persatuan Bentan Malaysia turut mengadakan acara pembinaan Tanjak Terbesar Malaysia & Dunia berserta pameran tanjak bermula awal pagi.

Di dalam ucapan perasmian beliau, YB Tuan Muhammad Bakhtiar mengharapkan suasana konsert ini dapat menjadi gambaran kepada orang ramai akan kemeriahan negara meraikan tahun 2020 dengan pelbagai acara utama antaranya menjadi tuan rumah untuk Persidangan APEC, Kuala Lumpur World Book Capital 2020 (KLWBC 2020), KL Biennale 2020 dan menganjurkan lebih 100 acara seni kebudayaan dan pelancongan seperti Majlis Rumah Terbuka Malaysia, CITRAWARNA, Magic of the Night, Festival Vasakhi dan program di negeri-negeri.

YB Tuan Muhammad Bakhtiar juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak media cetak dan elektronik yang tidak putus memberikan sokongan kukuh berserta hebahan juga publisiti kepada semua program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2019. 

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia berserta kesemua agensi/jabatan mengharapkan sokongan yang sama diteruskan lagi pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang. 


 Senarai Pementasan Program Istana Budaya 2020

1. Feel The Heal Charity Concert By Ani Choying Drolma (4 Januari)
2. Konsert VM2020 (11 Januari)
3. Opening Ceremony Of 2020 Year Of Culture And Tourism Between China And Malaysia Persembahan Kebudayaan (19 Januari)
4. Semarak Pertiwiku (Sprm) (30 & 31 Januari)
5. Korupsi Dewan Semandung (7 & 8 Februari)
6. Konsert Kembara Kita (14 & 15 Februari) 
7. Kesuma Jiwa 2020 (20 Februari) 
8. Konsert Nusantara (29 Februari & 1 Mac)
9. Siti Di Alam Fantasi (14 – 21 Mac)
10. Konsert Khai Bahar: dari Smule Ke Pentas Dunia Muzik (27 & 28 Mac)
11. Asian World Premiere Of The Sleeping Beauty By St Petersburg Theatre Russian Ballet (3, 4 & 5 April)
12. Perasmian Festival Filem Malaysia (9 April)
13. Konsert Amal Alunan Irama (12 April) 
14. Konsert 4G’s (17 & 18 April)
15. Fabulous Friday: Dato’ M. Nasir & Dato Hattan (26 Jun)
16. Konsert Diraja (DYMM SPB YDP Agong) (28 Jun)
17. Puteri Gunung Ledang The Musical (3 Julai - 3 Ogos)
18. Konsert 40 Tahun Persada Seni Jamal Abdillah (14, 15 & 16 Ogos)
19. 4th Miffest/Malaysia Golden Global Awards (22 Ogos)
20. Crossing To Talikota (29 & 30 Ogos)
21. Inspitari (JKKN) (2 & 3 September)
22. Malai Fest 2020 & Konsert Noraniza Idris (Festival: 7-12 Sept/Konsert: 11 & 12 Sept)
23. Evergreen Symphony Orchestra Malaysia Concert Tour (24 Oktober) 
24. Ya Rasulullah (28 Oktober - 1 November)
25. Pure Land The Musical (19 - 22 November)
26. Swan Lake – St Petersburg Ballet Theatre Kl Tour (23-30 November)
27. Aladdin (5 - 13 Disember) 

Post a Comment

0 Comments