Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Big Stage, pentas budak baru nak ‘up’


SERAMAI 10 penyanyi baharu bakal berentap dalam program realiti terbaharu Astro Ria, Big Stage. Ia merupakan sebuah pertandingan nyanyian realiti yang menampilkan bakat muda yang kini dikenali dengan jolokan Budak Baru Nak Up (BBNU) di kalangan penggiat industri hiburan tempatan.

Antara yang bakal berentap ialah Sissy Imann, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Ariff Bahran, Syafiq Farhain, Tajul, Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi dan Wani Kayrie.




Sementara itu, Alif Satar dan Sherry Alhadad pula bertindak sebagai pengacara Big Stage. Tidak ketinggalan bakat baharu, Eyra Hazali dan Harris Anuar yang akan mengendalikan segmen Live Plus Big Stage. 

Dua ikon nyanyian tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir pula merupakan juri tetap rancangan ini, selain juri jemputan juga akan diundang khas secara bergilir pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap untuk mengadili persembahan.

Program iniakan mula ditayangkan mulai 5 Ogos 2018, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD. - 7KLIK


[KREDIT: Astro]

Post a Comment

0 Comments