Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SELEPAS 9 TAHUN BERCINTA, NONNY NADHIRAH-MUSTAIN SELAMAT DISATUKAN


TAHNIAH kepada pelakon Nonny Nadhirah, 29, yang juga bekas peserta Akademi Fantasia (Musim kelima) yang telah selamat disatukan dengan lelaki pilihannya, Mustain Adnan, 36, sekitar jam 11.30 pagi tadi.

Dengan hanya sekai lafaz, Nonny sah bergelar isteri kepada Mustain, penolong penerbit Media Prima Berhad yang telah dikenalinya lebih 9 tahun lalu.




Majlis penyatuan dua hati ini berlangsung dalam suasana yang sederhana dan diadakan secara tertutup untuk keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan pihak media di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu, Sabah.




Nonny menerima mas kahwin berjumlah RM100, selain lima dulang hantaran, berbalas tujuh. Majlis resepsi pasangan ini berlangsung di lokasi yang sama pada sebelah malam.

Tahniah dari kami di 7KlikDotCom.



[KREDITI PHOTO: Instagram Nonny Nadirah]

Post a Comment

0 Comments