Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ELVINA SELAMAT BERGELAR ISTERI KEPADA DATUK HANIFF BORHAN


PELAKON sedang meningkat naik, Elvina Mohamad, 23, selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya, usahawan dan selebriti sukan permotoran, Datuk Mohd Haniff Borhan, 32.

Hanya dengan sekai lafaz, Elvina atau nama sebenarnya Norazlina Mohamad sah bergelar isteri kepada Haniff menerusi upacara  akad nikah yang berlangsung Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur sekitar jam 3.30 petang tadi.




Heroin drama Shhh... I Love You ini menerima mas kahwin berjumlah RM700 dan senaskhah AlQuran sebagai ganti wang hantaran. Dalam pada itu, pengantin perempuan turut menerima tujuh dulang hantaran dan berbalas sembilan.




Majis resepsi pasangan ini akan berlangsung di lokasi yang sama pada Sabtu depan. Tahniah dan selamat pengantiin baru. Semoga kekal berbahagia hingga je jannah. Amin.


[KREDIT PHOTO: Instagram Elvina Mohamad]

Post a Comment

0 Comments