Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KISAH SEORANG JUARA, LEE CHONG WEI KE LAYAR LEBAR


KISAH  benar jaguh badminton Malaysia Datuk Wira Lee Chong Wei yang dinanti-nantikan kini telah tiba kepada hampir 130 buah pawagam serata negara. 

Saksikan bagaimana beliau dengan usaha yang gigih sebagai pemain muda yang berasal daripada Berapit, Bukit Mertajam membina nama sehingga menjadi juara dunia!




'Lee Chong Wei' diinspirasikan daripada kisah kehidupan Datuk Wira Lee Chong Wei yang memang diketahui mempunyai semangat juang dan merupakan wira sukan kebanggaan rakyat Malaysia.

Beliau yang telah berada di arena sukan selama 15 tahun sehingga kini, pernah memenangi tiga pingat perak sukan Olimpik dan merupakan pemegang rekod bagi Juara Dunia selama 309 minggu dan 141 minggu berturut-turut di Ranking Dunia BWF.




Sidang media hari ini dihadiri oleh para pelakon termasuk Datuk Rosyam Nor (sebagai Misbun Sidek), Mark Lee (sebagai ayah Lee Chong Wei), Yeo Yann Yann (sebagai ibu Lee Chong Wei), Tosh Chan, Jake Eng, Freddie Wong, Ashley Hua, Dato’ Norman Pang, Wilson Tin, Jacky Kam, Ling Big 
Yong, Phat Fabes and Rajakumar. Turut hadir pengarah Teng Bee, penerbit Josiah Chieng dan Ben Lee, dan penerbit perunding Tony Hu.




Dengan produksi yang memakan masa 3 tahun, pengarah Tee Beng berasa lega “LEE CHONG WEI” 
akhirnya berjaya ke pawagam. 

“Saya berharap filem ini dapat memberi penghormatan kepada ahli sukan yang telah memberi inspirasi kepada kita semua dengan semangat juangnya” kata pengarah filem ini. 
Manakala, penerbit Josiah Chieng menambah 'Lee Chong Wei' adalah filem yang menerapkan semangat Malaysia Boleh serta menggalakkan kita supaya percaya dengan kebolehan diri bagi mencapai impian”. 



Adalah tidak mudah bagi pengarah dan penerbit memilih pelakon watak Lee Chong Wei. Lebih daripada 2,000 calon telah diuji bakat berdasarkan kemampuan bermain badminton dan akhirnya Jake Eng, 14 tahun, dan Tosh Chan, 23 tahun, telah dipilih memegang watak juara badminton ini.

Jake Eng memegang watak Lee Chong Wei zaman kanak-kanak, manakala Tosh Chan yang wajahnya seiras dengan Lee Chong Wei, memegang watak Lee Chong Wei dewasa. Semasa latihan, Tosh Chan perlu mengenal pasti 50 ciri-ciri dan gaya permainan Lee Chong Wei.




Para peminat pasti akan teruja kerana Datuk Wira Lee Chong Wei juga membuat kemunculan di dalam filem ini. Beliau telah meluangkan masa bagi penggambaran filem ini setelah tamat latihan badminton. 

Di sidang media yang lalu, beliau telah meluahkan rasa keyakinan terhadap pengarah bagi menyampaikan kisah hidupnya dan beliau juga berterima kasih kepada keluarga dan semua orang yang telah menyokongnya selama ini. 'LEE CHONG WEI' pasti akan membuat penonton terhibur dan memberi inspirasi melalui perjuangan seorang juara.




Lagu tema filem yang berjudul Cahaya Juara, sebuah duet nyanyian pelajar Akedemi Fantasia 2013, Nabila Razali dan selebriti sensasi YouTube Priscilla Abby, pasti membuat semangat penonton berkobar. 




'LEE CHONG WEI' diedarkan oleh GSC Movies, diterbitkan oleh CB Pictures dengan usahasama Mahu Pictures ini  akan berada di pawagam seluruh negara pada 15 Mac 2018. 

Post a Comment

0 Comments