Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[Trivia] Nadia Aqilah miliki bakat versatil


NADIA Aqilah bukanlah nama baru di dalam industri hiburan tanah air. Bukan sahaja dikenali sebagai pelakon, tetapi juga merupakan seorang penyanyi berbakat besar. Kami kongsikan perkara-perkara yang perlu anda tahu tentang gadis manis ini.



  • Terlebih dahulu dikenali dalam bidang nyanyian dan kemudiannya berjinak-jinak dalam bidang lakonan.
  • Pernah menyertai program realiti TV, Gangstarz musim pertama (2007) menerusi trio Lucious bersama sahabat baiknya, Ruzana Ibrahim dan Eenaz Mokhtar yang popular dengan single Khabarkan dan Bintang.
  • Pernah muncul dengan album solo bergenre R&B, yang bertajuk Nadia Aqilah.
  • Merupakan penyanyi lagu tema beberapa buah drama. Antaranya Dalam Keraguan (Mariam Alisa), Patah Sayap (Kerana Terpaksa Aku Relakan) dan Sujudku (Bila Hati Telah Hitam)


  • Anak kelahiran Subang Jaya, dan bekas pelajar Bukit Bintang Girls School.
  • Antara teater yang pernah dibintangi Nadia ialah Puteri Gunung Ledang The Musical (2005), P. Ramlee The Musical (2008), Cinta The Musical (2006), Musical Chow Kit Road, Sekuntum Mawar Merah, Mencari Sumaiyah (2016) dan banyak lagi.
  • Pernah mencipta sejarah apabila memenangi dua trofi pada Anugerah Seni BOH Cameronian ke-12 menerusi kategori Persembahan Terbaik Watak Utama menerusi teater muzikal The Last Five Years dan Persembahan Terbaik Watak Pembantu bagi teater P. Ramlee The Musical (musim ketiga).
  • Bernaung di bawah zodiak Leo, 16 Ogos.



  • Memegang watak utama dalam filem biografi Zaiton Sameon, Zaiton Ceritaku (2012).
  • Membintangi puluhan drama, antaranya seperti Tari Tirana, Emil Emelda, Sinderella, Merah Putih, Cik Puan Sinderella dan lain-lain. 
  • Merupakan rakan baik kepada Nadiya Nisaa, Cristina Suzanne, Sherry AlHadad, Dira Abu Zahar dam Sharifah Amani (The Sonias).
  • Lebih 15 tahun berkecimpung dalam bidang seni. - 7KLIK

Post a Comment

1 Comments

  1. sy suka nadia aqilah ni.. dia besttttt berlakon!

    ReplyDelete