Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KENALI 18 PESERTA CERIA MEGASTAR


JOM kenali 18 peserta Ceria Megastar yang bakal berentap merebut gelaran Megastar yang akan bermula esok, 2 Mac 2018, setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611), Astro Prima (saluran 105) dan Astro Maya HD (saluran 135). Program ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO.



MARSHA 

Nama: Siti Nurmasyitah bt Mohd Yusoff 
Umur: 18 tahun 
Program realiti yang disertai: Ceria Popstar 2 
Fakta menarik: Merupakan juara Ceria Popstar 2 dan  mempunyai sebuah single terbaru, ‘Mawar Terbiar’.



REZZA

Nama: Muhammad Shahrezza bin Abu Samah 
Umur: 16 tahun 
Program realiti yang disertai: Ceria Popstar 4 
Fakta menarik: Mula berkecimpung dalam bidang nyanyian seawal usia 8 tahun dan pernah menjadi naib juara bagi pertandingan Bintang Kecil peringkat negeri.



KASHIKA

Nama: Kashika Selvam 
Umur: 10 tahun 
Program realiti yang disertai: Ceria Popstar 2 
Fakta menarik: Selain bernyanyi, beliau juga giat berlakon dalam beberapa buah drama serta telemovie Melayu, Bahasa Inggeris dan Tamil.




ANIQ 

Nama: Muhammad Aniq Iffat bin Ruzaimi 
Umur: 12 tahun 
Program realiti yang disertai: Ceria Popstar 4 
Fakta menarik: Aniq telah dipelawa untuk membuat persembahan di Konsert Wings & Superfriend- Belenggu Irama dan pernah membuat persembahan di Istana Negara semasa berusia 7 tahun.



ALYSSA

Nama: Aryanna Alyssa bt Mohamed Hafidz 
Umur: 10 tahun 
Program realiti yang disertai: Ceria All Stars 
Fakta menarik: Sangat petah bercakap, Alyssa berkebolehan menyanyi dalam Bahasa Arab dan pandai membuat silap mata.



HAZRIQ 

Nama: Hariz Hazriq bin Kamarul Zaman 
Umur: 11 tahun 
Program realiti yang disertai: Ceria All Stars 
Fakta menarik: Selain berkarate, Hariz juga boleh menari inang dan zapin.



IQBAL 

Nama: Ahmad Iqbal Baqi bin Omar Baqi 
Umur: 18 tahun 
Program realiti yang disertai: Ceria Popstar 2 
Fakta menarik: Merupakan naib juara Ceria Popstar 2 dan mempunyai sebuah single di bawah nama ‘Iqbal Iqnada’.




JUN 

Nama: Siti Junaidah bt Bekri 
Umur: 16 tahun 
Program realiti yang disertai: Ceria Popstar 4 
Fakta menarik: Merupakan juara Ceria Popstar 4 dan masih bergiat aktif dalam bidang seni di Sabah. 


IQMAL FIKRY

Nama: Mohammad Iqmal Fikry bin Mohd Adnan 
Umur: 18 tahun 
Program realiti yang disertai: Ceria All Stars 
Fakta menarik: Mula berjinak-jinak dengan seni semburan cat sejak berusia 13 tahun dan gemar mencuba sesuatu yang unik menggunakan teknik semburan cat.




NANA 

Nama: Nurul Maimanah bt Abdul Qahhar 
Umur: 12 tahun 
Program realiti yang disertai: Bintang Kecil 2017 
Fakta menarik: Bukan sahaja menjadi juara Bintang Kecil 2017, beliau juga memenangi ‘Persembahan Terbaik’ di pertandingan tersebut.




FIKRY 

Nama: Muhammad Fikry Izzudin 
Umur: 14 tahun 
Program realiti yang disertai: Ceria Popstar 3 
Fakta menarik: Merupakan pemenang tempat ketiga, Fikry pernah membintangi beberapa telemovie dan drama serta berbakat dalam bermain alat muzik. 




SHEIKH BASEER

Nama: Shiekh Abdul Baseer bin Afendi 
Umur: 16 tahun 
Program realiti yang disertai: Ceria Popstar 2 
Fakta menarik: Mempunyai sebuah album dan pernah ditawarkan oleh Ferhad untuk belajar membuat lagu di Indonesia.



CHUBB-E JOMEGO

Nama: Muhammad Sharul Ashlyn bin AG. Ashrul Affandy 
Umur: 19 tahun 
Program realiti yang disertai: Ceria Popstar 2 
Fakta menarik: Berkebolehan membuat lagu dan bakal mengeluarkan single pada tahun ini di bawah syarikat rakaman Cat Farish. 



HAZURY

Nama: Muhammad Hazury Amin bin Harrith Hariry 
Umur: 13 tahun 
Program realiti yang disertai: Ceria i-Star 2017 
Fakta menarik: Tidak hanya menyanyi, pemenang tempat keempat Ceria i-Star 2017 ini juga boleh bercerita dengan baik. 



WARISSA (WAFIY & ERISSA) 

Nama: Mohd Wafiy Ilhan bin Johan 
Umur: 15 tahun 
Program realiti yang disertai: Ceria Popstar 1 
Fakta menarik: Selain pelakon dan pengacara, Wafiy juga ingin mencipta nama selaku penyanyi 

Nama: Erissa Puteri bt Hashim 
Umur: 15 tahun 
Program realiti yang disertai: Ceria Popstar 2 
Fakta menarik: Merupakan salah seorang Mouseketeer di Club Mickey Mouse (Disney Malaysia)



DAYANG

Nama: Dayang Izyan Zawanie binti Iraril 
Umur: 18 tahun 
Program realiti yang disertai: Ceria Popstar 3 
Fakta menarik: Aktif menerima tawaran nyanyian di sekitar Sabah dan telah pun mempunyai sebuah single berjudul ‘Tempatkan Aku’. 



VANESSA

Nama: Vanessa Reynauld 
Umur: 18 tahun 
Program realiti yang disertai: Ceria Popstar 3 
Fakta menarik: Pada tahun 2016, Vanessa memenangi tempat kedua dalam sebuah pertandingan nyanyian di Beijing. Menariknya, beliau turut boleh bernyanyi dalam Bahasa Cina. 


SYIFA

Nama: Quaneisha Syifa Nida 
Umur: 9 tahun 
Program realiti yang disertai: Ceria i-Star 2017 
Fakta menarik: Syifa berkebolehan membuat pengucapan awam dalam Bahasa Inggeri dengan fasih.  

Post a Comment

0 Comments