Hot Posts

6/recent/ticker-posts

11 JUTA SAKSI DENDAM NAAGIN!


DRAMA Hindi berunsur mistik pertama menerusi slot Sonia, Naagin mencipta sejarah apabila mendapat 11 juta tontonan secara terkumpul bagi 62 episod yang ditayangkan! 

Drama yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis ini pada pukul 4.00 petang bermula 6 November 2017 turut menarik hampir 300,000 jumlah pelawat di portal video tonton iaitu www.tonton.com.my. 

Naagin mengisahkan cinta ular jadian dan manusia diterbitkan oleh Ekta Kapoor membariskan pelakon-pelakon popular seperti Mouni Roy (Shivanya), Arjun Bijlani (Ritik), Adaa Khan (Shesha), Sudha Chandran (Yamani) dan ramai lagi. 

Siri drama ini juga melakar kejayaan besar di beberapa anugerah pada tahun 2016 di India seperti Golden Petal Awards (Best TV Show), 16th Indian Television Academy Awards (Best Serial Popular & Best Actress Popular – Mouni Roy) dan 9th Boroplus Gold Awards (Best Thriller Award, Best Actress Popular – Mouni Roy, Best Actor Popular – Arjun Biljani & Best Actress in Negative Role – Aada Khan). 

Shivanya ialah ular jadian yang ingin membalas dendam terhadap keluarga Raheja. Ayah Shivanya telah dibunuh dengan kejam oleh Ankush Raheja dan kawan-kawannya kerana ingin merampas Naagmani, sebuah permata berkuasa yang merupakan pelindung kepada ular jadian. 

Shivanya telah meminta bantuan daripada sepupunya, Shesha. Mereka berdua menjelma sebagai manusia untuk mendekati keluarga Raheja, sebuah keluarga ternama di Mumbai, India. Langkah pertama Shivanya berjaya apabila diterima sebagai orang gaji oleh keluarga Ankush dan Yamani seterusnya mengahwini anak lelakinya, Rhitik. 

Rahsia yang cuba disimpan Shivanya akhirnya terbongkar apabila Rithik melihat sendiri bagaimana Shivanya telah membunuh Ankush dan menjelma sebagai ular. Lebih mengejutkan, Yamani adalah dalang disebaliknya dan turut terlibat dengan pembunuhan kedua-dua ibu bapa Shivanya. 

Rupa-rupanya Yamani juga bukanlah ibu kandung Rithik! Dia hanyalah ibu saudaranya tetapi kerana tamak dan mahukan kuasa, Yamani turut membunuh ibu bapa kandung Rhitik demi memiliki Nagmani. Namun, Yamani akhirnya menerima balasan atas perbuatan jahatnya selama ini dan mati dibunuh oleh Shivanya. 

Bagi mereka yang tidak dapat mengikuti episod akhir atau ingin menonton kembali Naagin, boleh layari portal video tonton, www.tonton.com.my. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube, Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Post a Comment

0 Comments