KETIKA lampu neon mula berkelip dan suasana hujung tahun menyelubungi kota, COPAA KL, permata gastronomi yang tersorok di Desa Sri Hartamas menyambut satu detik bermakna dalam perjalanannya.
Memasuki tahun ketiga sebagai ruang makan moden yang berani bereksperimen, restoran ini memperkenalkan satu pengalaman Krismas yang dicipta untuk meraikan musim perayaan dengan sentuhan segar dan penuh karakter.
Di bawah pimpinan pemilik merangkap kurator kulinari, Jon Chew, menu Sharing Course edisi terhad ini merupakan perjalanan rasa yang direka sebagai tafsiran moden hidangan perayaan. Ia adalah gabungan idea fusion yang matang, penuh perisa, dan disatukan dengan kreativiti yang mencerminkan identiti COPAA.
Anak jati Pulau Pinang dan pernah berkhidmat dalam industri kecergasan ini membawa falsafah uniknya ke dapur COPAA dan mencipta pengalaman rasa yang berbeza.
Setiap hidangan di COPAA lahir daripada usaha penyelidikan dan pembangunan sendiri, menggambarkan perjalanan peribadi Jon daripada kerjaya dalam kecergasan kepada dunia kulinari yang sarat rasa dan karakter.
“Selepas tiga tahun yang luar biasa, pendekatan kami kini jauh lebih halus. COPAA dibina atas idea hubungan melalui makanan, perkongsian dan perbualan.
"Menu Krismas ini adalah kesinambungan kepada kepercayaan itu. Kami himpunkan segala pengalaman selama ini untuk mencipta sebuah hidangan yang bukan sekadar makanan, tetapi satu momen yang diingati,” ujarnya.
Enam Rasa: Sebuah Penceritaan di Atas Meja
Menu ini disusun sebagai sebuah pengalaman teatrikal yang merangkumi tekstur, umami, dan kehangatan suasana Krismas.
● The Prelude: Gabungan segar Kale, Sweet Basil dan Pomelo, diserlahkan dengan Tomato Caviar dan Dry Scallops serta disatukan dengan Spicy Plum Dressing yang membangkitkan selera.
● The Comfort: Unagi yang lembut disajikan bersama Scrambled Duck Egg yang berkrim dan rumpai laut, dilengkapkan dengan kilauan Teriyaki glaze.
● Showstopper: Udang Harimau yang segar dipadankan dengan Garlic Chips rangup, Prawn Oil, serta sambal belacan yang pedas beraroma, dihidangkan bersama Focaccia segar untuk rasa maksimum.
● The Main Event
– Pan-Fried Snapper dengan Asam Jawa dan Sambal Ikan Bilis.
– Half Aged Chicken bersama Burnt French Onion dan sos Homemade Cranberry.
– Sirloin Steak dengan glaze savoury berasaskan Kicap, Shallots dan Scallions.
● The Grand Finale: Crab Meat dan Dried Scallop Ramen yang sarat umami, diperkaya dengan Crab Oil serta taburan Crispy Shallots.
● The Sweet Ending: Penutup manis dalam bentuk Kaya Tiramisu, interpretasi lokal yang bermain dengan nostalgia dan sentuhan moden.
Walaupun menu perayaan ini ditawarkan untuk waktu terhad, COPAA mengekalkan komitmen untuk menyajikan hidangan fusion moden pada harga yang mudah dinikmati sepanjang tahun.
Menu à la carte tetap mereka, yang turut bertumpu pada konsep hidangan untuk dikongsi, bermula dari harga RM69 merupakan satu refleksi kepada falsafah restoran bahawa cita rasa berkualiti tidak seharusnya eksklusif.
“Misi kami sentiasa dua hala. Untuk mencipta menu istimewa yang berani dan penuh inovasi, sambil memastikan setiap kunjungan harian tetap menawarkan pengalaman yang memuaskan.
"Menu itu adalah bukti komitmen kami terhadap nilai dan kreativiti agar tetamu boleh menikmati perjalanan rasa COPAA bila-bila masa,” jelas Jon Chew.
Ruang makan ini menjadi pentas kepada pengalaman kulinari yang intim dan bergaya. Konsep hidangan untuk dikongsi menjadi nadi kepada restoran yang sudah berusia tiga tahun ini yang direka untuk menggalakkan interaksi, sambutan, dan kemesraan, terutama pada musim perayaan.
“Untuk menu Krismas ulang tahun ini, saya mahu setiap suapan membawa cerita, kisah kami. Ia tentang rasa yang berani, memori yang menggembirakan, dan pengalaman yang dikongsi.
"Ini bukan sekadar menu perayaan, tetapi ucapan terima kasih kepada Kuala Lumpur untuk tiga tahun yang menakjubkan,” jelasnya lagi.
Dari kombinasi tekstur yang memikat hingga sentuhan perisa moden yang berani, setiap suapan membawa tetamu menyelami kreativiti dan dedikasi di sebalik dapur COPAA.
Musim perayaan ini sekali lagi membuktikan bahawa makanan bukan sahaja untuk dinikmati, tetapi untuk dirasai dan diingati. Sebuah pengalaman kulinari yang merayakan kehangatan, inovasi, dan kenangan bersama orang tersayang. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments