SHOPEE sekali lagi membuktikan mengapa 9.9 Super Shopping Day kekal sebagai acara beli-belah dalam talian terbesar di Malaysia.
Tahun ini, pengguna bukan sahaja menikmati penjimatan melebihi RM500 juta, malah turut merasai kelajuan penghantaran yang 14 kali lebih pantas berbanding tahun lalu.
Ditambah dengan hiburan 'livestream' penuh tenaga bersama duta jenama Johan ‘Jojo’ Ghazali, kempen 9.9 hadir bagaikan sebuah festival beli-belah digital.
Daripada baucar ‘Lagi Murah’ hinggalah ke penghantaran ‘Lagi Cepat’, jutaan pengguna di seluruh negara menikmati pengalaman 'checkout' yang lebih lancar, penjimatan yang lebih besar, dan suasana membeli-belah yang jauh lebih menyeronokkan berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Produk paling mendapat perhatian tahun ini ialah kasut serta aksesori elektronik, mencerminkan minat pengguna terhadap barangan harian dan item yang sedang trending.
Aspek penghantaran pantas juga menjadi sorotan utama. Dalam tempoh 24 jam pertama sahaja, lebih 1.2 juta barangan berjaya dihantar kepada pembeli.
Dengan kadar penghantaran 14 kali ganda lebih pantas berbanding tahun 2024, pengalaman membeli-belah menjadi lebih memuaskan kerana pesanan sampai sebelum sempat dilupakan.
Para penjual tempatan turut meraih kejayaan besar. Wow Collection Hijabs, jenama fesyen Muslim tempatan, melaporkan peningkatan pesanan sebanyak 190% sepanjang kempen.
“Terima kasih kepada kempen ‘Lagi Murah’, kami menerima lebih ramai pelanggan baharu serta trafik berkualiti yang meningkatkan kadar penukaran,” jelas wakil jenama tersebut.
Shopee Live Jadi Tumpuan
Shopee Live juga terus memperkukuh kedudukannya sebagai platform interaktif utama. Demonstrasi produk secara langsung, tawaran eksklusif dan sesi soal jawab menjadikan pembelian lebih menarik dan autentik.
Sepanjang 9.9, Shopee Live mencatat sehingga 300 juta tontonan pada hari kemuncak, dengan pesanan penjual meningkat 12 kali ganda berbanding hari biasa. Penjimatan rakyat Malaysia melalui saluran ini mencecah RM67 juta, suatu lonjakan ketara berbanding tahun lalu.
Jenama tempatan turut meraih manfaat. Elgini, jenama pakaian sukan, mencatat pertumbuhan jualan 70% hasil interaksi Shopee Live.
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri daripada ShahidaDherbs, turut menegaskan bagaimana Shopee menjadi faktor penting dalam kejayaan mereka.
“Dengan sokongan Shopee, terutamanya melalui Rancangan TV 9.9 dan Shopee Live, kami berjaya menggandakan jualan dan melepasi sasaran bulanan,” katanya.
Sepanjang kempen, pengguna berjaya menjimatkan RM32 juta melalui pembelian di Shopee Video. Dengan 60 juta tontonan direkodkan pada hari kemuncak, ia mengukuhkan kedudukannya sebagai platform utama content-driven shopping.
AllGoodThings, hab aksesori elektronik, mengesahkan bahawa Shopee Video meningkatkan penglibatan pelanggan mereka serta melonjakkan jualan sebanyak 40%.
Menurut Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Tan Ming Kit, kejayaan kempen 9.9 tahun ini mencerminkan komitmen syarikat untuk terus menjadi rakan e-dagang paling dipercayai di Malaysia.
“Melalui janji Lagi Murah dan Lagi Cepat, kami akan terus memastikan pengalaman membeli-belah yang lebih berpatutan, pantas, dan menyeronokkan untuk semua,” katanya.
Jelaslah, Shopee 9.9 bukan lagi sekadar jualan mega. Ia kini sebuah festival gaya hidup digital, yang menggabungkan penjimatan, kelajuan, dan hiburan dalam satu gelanggang dinamik. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 تعليقات