MUSLIM Pro, aplikasi gaya hidup Muslim paling popular di dunia, baru-baru ini melancarkan inisiatif kandungan terbaharu yang berani dan segar, dikenali sebagai Stories by Muslim Pro.
Inisiatif ini berfungsi sebagai sebuah hab kreatif yang mengetengahkan suara tulen, perspektif yang pelbagai, serta naratif berdasarkan pengalaman yang mencerminkan kepelbagaian dan kekayaan kehidupan masyarakat Muslim di seluruh dunia.
Pelancaran rasmi inisiatif ini berlangsung dalam sesi diskusi panel bertajuk, Storytelling in the Digital Era, yang menampilkan Nafees Khundker, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Muslim Pro, serta Abrar Hussain, pembikin filem tersohor yang telah memenangi pelbagai anugerah.
Abrar turut berperanan sebagai juri bagi pertandingan global Stories of the Beloved, sebuah pertandingan filem pendek dan kandungan digital (UGC shorts).
Menurut Nafees Khundker, Muslim Pro kini telah berkembang bukan sekadar sebagai aplikasi utiliti keagamaan, tetapi menjadi teman budaya dan rohani yang dipercayai oleh jutaan pengguna.
“Stories by Muslim Pro merupakan bab seterusnya dalam perjalanan kami, sebuah platform yang mengetengahkan kisah-kisah yang menginspirasi, menghubungkan dan menyatukan umat Islam merentas geografi, budaya dan generasi,” ujarnya.
Dokumentari Madina: The Enlightened City
Inisiatif ini membuka tirai dengan tayangan perdana eksklusif dokumentari berjudul Madina: The Enlightened City, arahan Abrar Hussain yang terkenal dengan karya One Day in the Haram dan One Night in Al Aqsa.
Abrar menjelaskan bahawa kisah yang diceritakan membentuk jati diri dan cara seseorang berhubung antara satu sama lain.
“Menerusi Madina: The Enlightened City, saya bukan sahaja ingin merakam keindahan dan sejarah kota ini, tetapi juga auranya iaitu nilai kemanusiaan, sifat rendah diri dan pengabdian yang menjadikan Madina begitu luar biasa.
Dokumentari ini boleh ditonton secara eksklusif melalui Muslim Pro mulai 1 Oktober dan menjadi permulaan kepada komitmen platform ini dalam menghasilkan naratif bermakna yang menyentuh hati serta menyatukan komuniti.
Pertandingan Filem Pendek
Di bawah jenama Stories by Muslim Pro, turut dilancarkan Stories of the Beloved, sebuah festival kandungan digital global yang meraikan bagaimana Islam dihayati, dirasai dan dizahirkan dalam kehidupan seharian.
Inisiatif ini menghimpunkan pembikin filem profesional serta pencipta kandungan harian untuk berkongsi perspektif autentik tentang keindahan iman dalam dunia moden.
Pemilihan pemenang dibuat oleh barisan juri antarabangsa, termasuk tokoh ternama seperti pencipta kandungan digital Malaysia, Fikri Zamri, yang menegaskan peranan Malaysia dalam membentuk naratif Muslim di peringkat global dan kepentingan suara serantau dalam landskap penceritaan yang pelbagai.
Foto kiri: Junaidah Said Khan, Ketua Kandungan Muslim Pro & Qalbox, berkongsi pembentangan tentang Stories by Muslim Pro | Foto kanan: Abrar Hussain dan Nafees Khundker |
Muslim Pro turut mengajak rakyat Malaysia dan umat Islam di seluruh dunia untuk mengundi bagi UGC Shorts Viewer’s Choice Award, dengan undian dibuka menerusi aplikasi Muslim Pro dari 9 hingga 21 September 2025.
Penonton juga boleh membuat pra-belian dokumentari Madina: The Enlightened City mulai 11 September dan mula distrim bermula 1 Oktober, sambil menikmati karya-karya terpilih daripada Stories of the Beloved.
Kesemua kandungan ini boleh diakses melalui aplikasi Muslim Pro dan platform video Qalbox, dengan sokongan daripada Gobi Partners.
Untuk pengalaman penuh Stories by Muslim Pro: of The Beloved, muat turun aplikasi Muslim Pro dari Apple App Store atau Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, layari www.muslimpro.com . - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 تعليقات