TIADA angin tiada ribut, peminat dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita isteri kepada pengacara dan pelakon, Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Mei lalu.
Menurut peguam syarie Wan Muhammad Afiq Mohd Razib yang mewakili Khalizah, 37, tindakan itu dilakukan anak guamnya atas alasan tiada lagi persefahaman selepas empat bulan mendirikan rumah tangga.
Wanita itu hadir ke mahkamah pada Khamis untuk prosiding tuntutan cerai bersama peguam syarie, manakala Fikry, 31, tidak hadir semasa prosiding tersebut.
Mahkamah menetapkan 10 September 2025 sebagai tarikh baharu untuk perbincangan damai antara pasangan ini.
Terdahulu, Fikry dan Khalizah berkahwin dalam sebuah majlis tertutup di Jitra, Kedah pada 12 Februari lalu. Perkahwinan mereka hanya diketahui umum selepas beberapa foto majlis berkenaan tular di media sosial. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments