ACARA kecergasan ikonik Believe Fitness APEX 6.0 Challenge melabuhkan tirainya dengan penuh semangat dan tenaga pada Sabtu, 14 Jun lalu di Believe Fitness IOI Mall Putrajaya dan berjaya menarik lebih 100 peserta serta 200 penonton yang hadir memberikan sokongan.
Sebagai acara tahunan anjuran Believe Fitness, edisi keenam APEX Challenge kali ini membawakan pengalaman kecergasan berintensiti tinggi melalui gabungan latihan fungsional, cabaran fizikal, serta semangat komuniti yang menginspirasi.
APEX 6.0 Challenge mempertandingkan tiga kategori utama: Lelaki Solo, Wanita Solo dan Berpasukan di mana masing-masing menampilkan senarai senaman mencabar untuk menguji kekuatan, ketahanan dan koordinasi para peserta.
Bagi kategori solo, peserta perlu menyelesaikan 12 bentuk senaman seperti Ballistic Row, Med Ball Slam to Pushup, Broad Jump, Shuttle Run dan banyak lagi. Sementara itu, kategori berpasukan menyaksikan strategi dan kerjasama diuji dalam cabaran seperti Relay Run, Jump Rope Single-Unders, dan Sandbag Lunges Relay.
Menurut Pengarah Urusan Believe Fitness, Patrick Davis, APEX bukan sekadar acara sukan, tetapi ruang untuk komuniti mengukur kemajuan peribadi dan saling menyokong satu sama lain.
“APEX Challenge bukan hanya tentang kecergasan. Ia tentang keluar dari zon selesa dan melakukannya bersama komuniti yang percaya dan mendorong satu sama lain untuk jadi lebih baik,” katanya.
Acara ini dibuka kepada semua tahap kecergasan, dari pemula hingga ke pengunjung gim berpengalaman dan diraikan sebagai platform yang menyatukan individu melalui matlamat kesihatan bersama.
Bina keyakinan
Sebagai jenama gim kelahiran Malaysia yang terus berkembang, Believe Fitness melihat APEX sebagai sebahagian daripada misi mereka untuk menyediakan program kecergasan berasaskan prestasi, boleh diakses, dan menyokong gaya hidup aktif rakyat Malaysia.
“Kami yakin pertumbuhan sebenar berlaku apabila seseorang mencabar dirinya dan mendapat sokongan komuniti di sekeliling mereka,” tambah Patrick.
Dengan kejayaan penganjuran edisi keenam ini, Believe Fitness APEX Challenge terus membuktikan bahawa kecergasan bukan sekadar soal fizikal semata-mata tetapi ia adalah perjalanan membina keyakinan, ketahanan dan komuniti yang saling menyokong.
Lebih daripada senaman dan peluh, APEX 6.0 menjadi simbol apabila individu percaya pada diri dan hadir bersama semangat komuniti, batasan boleh diatasi dan kekuatan sebenar akan terserlah.
Dan inilah bukti bahawa dalam dunia kecergasan, semangat untuk terus mencuba dan menyokong satu sama lain adalah kemenangan sebenar. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 تعليقات