Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Shopee dedah cara rakyat Malaysia pilih produk: Harga murah tak cukup!

Nikmati 50% diskaun harian untuk pembelian dengan Shopee Lagi Murah 

R
AKYAT Malaysia kini menunjukkan perubahan ketara dalam tabiat membeli-belah dalam talian. Walaupun masih berhati-hati dengan perbelanjaan, pengguna semakin cenderung meneliti kandungan video dan penstriman langsung sebelum membuat keputusan pembelian, sekali gus menandakan peralihan daripada keputusan yang berasaskan harga semata-mata kepada pendekatan yang lebih seimbang antara harga dan kualiti.

Tinjauan pengguna terkini daripada Shopee mendapati bahawa walaupun 42 peratus (%) responden masih mengutamakan diskaun dan harga rendah, majoriti iaitu 58% kini lebih mementingkan kualiti produk dan kredibiliti penjual.

Peralihan ini menunjukkan bahawa pengguna semakin matang dan bijak, memanfaatkan teknologi digital dan ciri-ciri yang membina kepercayaan seperti Shopee Live, Shopee Video, kandungan affiliate serta ulasan yang sahih untuk memastikan pembelian mereka benar-benar berbaloi.

Guna semua ciri penjimatan

Meskipun harga kekal menjadi faktor penting, pendekatan pengguna kini lebih menyeluruh. Lebih 60 % pengguna Malaysia menggunakan ciri seperti baucar harian, pulangan tunai, Syiling Shopee dan label ‘Lagi Murah’ untuk mendapatkan penjimatan terbaik.

Sebanyak 79% dilaporkan menggabungkan pelbagai baucar untuk memaksimumkan penjimatan, manakala 40% aktif mencari label ‘Lagi Murah’ bagi memastikan mereka mendapat harga terendah di pasaran.

Namun, keputusan pembelian tidak hanya bersandarkan penjimatan. Sebanyak 83% responden menggunakan Shopee Live sebagai panduan utama dalam proses membuat pilihan.

Penstriman langsung ini bukan sahaja berfungsi sebagai saluran interaktif dan menghiburkan, malah menawarkan demonstrasi produk secara langsung, interaksi jujur antara penjual dan pengguna serta promosi eksklusif yang membina kepercayaan.

Pendekatan ini berjaya menambah nilai yang tidak dapat dirasai menerusi paparan produk secara statik semata-mata.

Sementara itu, kandungan video pendek seperti Shopee Video memainkan peranan penting dalam memberi keyakinan tambahan kepada pengguna.

Sekitar 70% responden menyatakan bahawa mereka mempercayai cadangan daripada pencipta kandungan, terutamanya apabila disokong oleh penilaian penjual yang tinggi dan ulasan pengguna yang telah disahkan.

Bagi produk atau penjual baharu, hampir separuh responden bergantung kepada ulasan pelanggan terdahulu dan rating penjual untuk menilai kredibiliti.

Ini menunjukkan peningkatan permintaan terhadap bukti sosial dan ketelusan maklumat, di mana pengguna ingin diyakinkan melalui pengalaman komuniti lain.

Keyakinan pembeli 

Nilai produk kini tidak lagi hanya diukur melalui tanda harga, tetapi turut melibatkan elemen kepercayaan dan pengesahan daripada pengguna lain.

Trend ini menandakan perubahan struktur dalam landskap e-dagang, yang dijangka kekal dalam jangka masa panjang. Pengguna kini lebih analitik, menilai dan membandingkan produk sebelum membuat keputusan akhir.

Oleh itu, penjual perlu menyesuaikan pendekatan mereka di mana bukan hanya menawarkan harga yang kompetitif, tetapi juga melabur dalam kandungan informatif, penglibatan masa nyata serta pengalaman yang memperkukuh kepercayaan pengguna.

Shopee sendiri sedang giat memperkukuh ekosistem kandungan dan affiliate melalui pelbagai inisiatif seperti Video Missions yang menggalakkan penghasilan kandungan bentuk pendek, Content Creator Club untuk membimbing pencipta kandungan berkualiti, serta memudahcara padanan strategik antara penjual dan pencipta kandungan.

Hasilnya mula kelihatan apabila kandungan affiliate menyumbang kepada satu daripada setiap tiga pesanan semasa kempen Raya Bersama Shopee dan Festival Fesyen & Kecantikan 5.5 baru-baru ini.

Ini membuktikan peranan penting pencipta kandungan dalam mempengaruhi keputusan pembelian menerusi pendekatan yang dipercayai dan mudah didekati.

Kandungan bantu pacu jualan

Komitmen ini turut memberi impak nyata kepada penjual tempatan seperti Mohd Naimran Nordin, pengasas jenama Adnaa yang terkenal dengan rekaan busana tradisional yang elegan dan mampu milik.

Sepanjang kempen Raya Bersama Shopee, jenama Adnaa mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 170% hasil penggunaan kandungan interaktif seperti Shopee Live dan Shopee Video. Pesanan melalui Shopee Live meningkat sebanyak 116%, Shopee Video sebanyak 281%, dan kandungan affiliate melonjak sehingga 227%.

Naimran, percaya pendekatan tersebut memberi impak besar kepada prestasi jualan.

Mohd Naimran Nordin, pengasas Adnaa bersama keluarga | FOTO: Shopee

“Kandungan ini benar-benar menghidupkan rekaan kami dan membolehkan pelanggan menilai kualiti serta potongan secara langsung,” ujarnya.

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Tan Ming Kit turut mengakui bahawa pengguna hari ini lebih berpengetahuan dan berkehendakkan nilai yang lebih bermakna.

“Mereka bukan sekadar mencari harga terendah, malah menuntut keyakinan dan nilai yang menyeluruh. Oleh itu, kami terus melabur dalam alat seperti Shopee Live, Shopee Video dan kandungan affiliate.

"Ia juga untuk memperkasakan pengguna berbelanja dengan bijak serta membantu penjual membina kredibiliti dan hubungan yang berpanjangan,” katanya.

Perubahan ini bukan sekadar trend sementara, tetapi mencerminkan evolusi dalam keutamaan pengguna.

Dalam era baharu ini, pembelian bijak bermaksud keseimbangan antara kemampuan dan kualiti iaitu suatu pendekatan yang menjanjikan pengalaman membeli-belah lebih bermakna untuk semua pihak dalam ekosistem digital. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments