Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tengku Nadira Adnan kini tunangan Teuku Agassi - Diraikan dalam majlis tertutup di Kuala Lumpur


Oleh: ZULQARNAIN ABU HASSAN

PENYANYI yang juga anak kepada tokoh politik terkenal, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor iaitu Tengku Nadira Adnan kini selamat bergelar tunangan kepada jejaka pilihan hati, Teuku Agassi Revano Harsya dari Indonesia.

Majlis pertunangan pasangan ini berlangsung secara tertutup dan eksklusif pada Sabtu lalu di Kuala Lumpur, hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat dari kedua-dua negara.

Tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat sebelum majlis berlangsung, menjadikan pertunangan ini satu kejutan manis buat peminat.

Tengku Nadira yang pernah mencipta nama dalam bidang nyanyian dan peragaan di Indonesia tampil anggun dalam busana songket moden berona pastel. Pasangannya pula segak mengenakan persalinan tradisional senada, menyerlahkan keanggunan dua budaya serumpun dalam suasana penuh elegan.

Teuku Agassi merupakan seorang usahawan muda yang menerajui syarikat media digital Jellifish Media, dan dikenali sebagai figura aktif dalam komuniti korporat serta keusahawanan digital di Indonesia.

Privasi

Pasangan ini bagaimanapun tidak memuat naik sebarang perkongsian rasmi di platform media sosial. Berita pertunangan mereka hanya tersebar selepas sahabat baik Nadira, Fathur R Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Fatur D Jawas, memuat naik sepotong video pendek di Instagram Story miliknya.

“Selamat bertunang Nadira dan Agassi!” tulisnya ringkas, namun cukup untuk menarik perhatian ramai apabila hantaran tersebut dikongsi semula oleh kenalan mereka.

Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai tarikh perkahwinan atau perancangan lanjut selepas pertunangan.

Pertunangan mengejut ini mencerminkan kecenderungan selebriti generasi baharu untuk mengutamakan privasi dalam kehidupan peribadi mereka, meskipun sering menjadi perhatian ramai. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments