Jisoo derma semua keuntungan saluran YouTube miliknya kepada badan amal

Oleh: AILEEN ADAM

BINTANG K-Pop kesayangan ramai, Jisoo Blackpink telah mendermakan semua keuntungan yang diperolehi daripada saluran YouTube miliknya, Happy 103% kepada badan amal, Save The Children pada Selasa.

Menurut laporan laporan eksklusif daripada Hankook Ilbo, sumbangan kepada badan amal itu akan digunakan untuk mewujudkan hutan bakau di Ca Mau, Vietnam. Projek tersebut juga bertujuan untuk membantu menjana ekonomi masyarakat setempat.

Bagaimanapun, jumlah keseluruhan keuntungan dan sumbangan yang diberikan anggota Blackpink itu tidak dinyatakan.

Pemilik nama sebenar Kim Jisoo, mula membuka saluran YouTube peribadi pada Januari 2023 dan kini telah mengumpul seramai 4.99 juta subscriber. 


Sejak awal aktif memuat naik dan berkongsi kandungan di laman YouTube tersebut, penyanyi yang popular dengan lagu Flower itu menyatakan hasratnya untuk menderma kesemua keuntungan yang diperoleh daripada saluran tersebut kepada mereka lebih yang memerlukan.

Pujian

Tindakan Jisoo itu mendapat pujian ramai yang menyifatkan dia seorang yang baik hati dan menepati janji yang pernah dilafazkan. Malah mereka juga mahu terus memberikan sokongan dengan setia mengikuti kandungan yang dikongsi Jisoo menerusi saluran itu pada masa akan datang.

Difahamkan ketika ini, duta global Christian Dior itu sibuk di lokasi penggambaran drama Influenza, selain bakal muncul dalam filem adaptasi webtoon, Omniscient Reader's Viewpoint.

Terdahulu, idol berusia 29 tahun itu baru sahaja menubuhkan agensi pengurusannya sendiri, Blissoo untuk kegiatan solonya. Bagaimanapun, kontrak dan aktiviti bersama Blackpink masih di bawah agensi lama yang telah memperkenalkan namanya dalam industri seni, YG Entertainment. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: 

Post a Comment

Previous Post Next Post