Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pauline, Henley timang cahaya mata sulung


PELAKON Pauline Tan kini bergelar ibu apabila selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Isnin. Bayi perempuan yang dilahirkan menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan, di Petaling Jaya, Selangor itu diberi nama Maya Hii.

Pauline, 33, yang juga merupakan isteri kepada pelakon filem Paskal, Henley Hii, berkongsi berita berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya.

"Selamat datang ke dunia, puteri kesayangan Maya Hii. Kami sudah menanti kedatangan kamu sekian lamanya.

"Kami sangat bersyukur kepada Dr. Doris Gynae yang membimbing dan menasihati sepanjang perjalanan kehamilan. Meskipun terpaksa tukar perancangan bersalin pada saat akhir, tapi saya tahu saya dalam jagaan terbaik," ujar bintang filem Rain Town itu teruja.


Pauline dan Henley, 39, mendirikan rumah tangga pada pertengahan 2022.


ARTIKEL LAIN: koleksi-raya-rockqueen-kasih-monolog
ARTIKEL LAIN: sound-spirit-zainalabidin-legacy-of
ARTIKEL LAIN: saya-tidak-reda-pemergian-ini-tapi-apa

[FOTO: Instagram Pauline Tan]

Post a Comment

0 Comments