Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ALI2023 terus perjuangkan karya dan komuniti seni muzik Indie tanah air


ANUGERAH Lagu Indie 2023 (#ALI2023) yang bakal berlangusng pada 7 Mac ini mengumumkan senarai penuh finalis Top 5 bagi kategori Pop, Rock dan Hip Hop secara eksklusif pada majlis Pengumuman Finalis yang berlangsung di ESI Hub, Spacerubix baru-baru ini.

Memasuki tahun keempat penganjuran, #ALI2023 kembali lebih mantap dan konsisten memperkasa perjuangan komuniti seni muzik indie bakat anak Malaysia. Beberapa kelainan disuntik dalam edisi kali ini dengan memperkenalkan kategori Lagu Terbaik di bawah genre Pop, Rock, dan Hip Hop.

Selain penambahan kategori, penganjuran kali ini turut menambah baik format pemarkahan melibatkan 30 peratus (%) undian awam daripada atas talian manakala 70% pemarkahan juri profesional.  Menariknya, hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM36,000 menanti juara #ALI2023.

Menurut Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie, Ahmed Faris Amir, pada edisi kali ini, pihaknya menerima 626 buah lagu dan lebih 11,000 undian awam merentasi kategori genre.

"Sejak penganjurannya pada tahun 2020, Anugerah Lagu Indie masih kekal meraikan pelbagai sempadan runut dan komposisi.

"Sebanyak 15 lagu layak bertanding dan membuat persembahan di pentas akhir Anugerah Lagu Indie 2023 yang akan dilangsungkan pada 7 Mac ini,” katanya.

Sementara Penerbit Eksekutif Bersama Anugerah Lagu Indie, Jennifer Thompson, berkata, lagu-lagu yang disenarai pendek sebagai finalis #ALI2023 dipilih berdasarkan aspek kualiti lagu.

"Lagu yang dipilih dan dicalonkan mestilah mempunyai lirik dan muzik asli. Kesemua lagu diterima akan dipilih berdasarkan markah diberikan oleh juri profesional iaitu sebanyak 70%, dan melalui undian awam di anugerahlaguindie.com.my sebanyak 30%,” katanya.

#ALI2023 medapat sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan, Gaya Hidup Rakan Muzik, Rakan Muda: Motosikal Rasmi, Honda Motorcycle Malaysia dan lain-lain.

Pentas Akhir acara itu boleh disaksikan menerusi laman YouTube Anugerah Lagu Indie pada 7 Mac ini, jam 8 malam. - 7KLIK 



Finalis Anugerah Lagu Indie 2023

Kategori Hip Hop Terbaik

1. Ice Cold Castle
    Komposer: Jeffery Chong, Ooi Chen Chun, Ammar Ariff, Danish Hakimi.
    Lirik: Jeffery Chong, Ammar Ariff, Danish Hakimi
    Artis: Yung Kai, Nakalness, Akkimwaru.

2. Candy Mind
    Komposer: Sya
    Lirik: Sya & Senna
    Artis: Sya

3. Lxf
    Komposer: Sabbala, Rahhh5kaki, Issa Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Danye, 
    Rebel Asia & Dj Ruckes
    Lirik: Sabbala, Rahhh5kaki, Issa Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel          Asia & Dj Ruckes
    Artis: Lxf

4. Gard O Gard
    Komposer: Uzayr Muhammad Dan Jeffrey Affandy
    Lirik: Uzayr Muhammad Dan Jeffrey Affandy
    Artis: 53 Universe

5. Mimpi Untuk Semalam
    Komposer Oleh: Dafreakinaz, Jaystation, Quai
    Lirik: Jaystation, Quai
    Artis: Slatan/Jaystation, Quai


Kategori Pop Terbaik

1. Pura
    Komposer: Fatin Faizal
    Lirik: Fatin Faizal
    Artis: Fatin Faizal

2. Pembunuh Malam
    Komposer: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq
    Lirik: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq
    Artis: Lunar

3. Stargazing
    Komposer: Odelia Tirza
    Lirik: Odelia Tirza
    Artis: Odelia Tirza

4. Luka
    Komposer: Lily Jannah
    Lirik: Lily Jannah
    Artis: Lily Jannah

5. Derana
    Komposer: Syahir Cherpen
    Lirik: Syahir Cherpen
    Artis: Heidi & Ruang Hati


Kategori Rock Terbaik

1. Jiwa (Takhta Milik Kita)
    Komposer: Aimran, Faz, Adry, Shahril
    Lirik: Shahril Redzwan
    Artis: Akta

2. In The Haze
    Komposer: Chia Shock Hong, Bryan Lu
    Lirik: Chia Shock Hong
    Artis: Math Class

3. Inti Sari
    Komposer: Hayzeeq Iman, Daniel Aswad & Harith Zikry
    Lirik: Hayzeeq Iman & Daniel Aswad
    Artis: Zerophobia

4. Terra Luna
    Komposer: Crazy Grizzly
    Lirik: Mustika Sari
    Artis: Crazy Grizzly

5. Souled Out
    Komposer: Vota
    Lirik: Vota
    Artis: Vota


ARTIKEL LAIN: aplikasi-cepat-permudah-urusan
ARTIKEL LAIN: karnival-jom-heboh-segulai-sejalai
ARTIKEL LAIN: tutas-tingkatkan-program-seni

Post a Comment

0 Comments