Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak, diserbu lebih 300,000 pengunjung


SAMBUTAN Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak telah mendapat sambutan hangat apabila diserbu lebih 300,000 pengunjung di pekarangan Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Karnival yang diadakan selama tiga hari berturut-turut pada 26-28 Januari berjaya menarik pengunjung dari serata Borneo, termasuk pengunjung dari luar daerah yang sanggup meredah sejauh 700 kilometer untuk sama-sama memeriahkan acara ini.

Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak yang dianjurkan bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak menjadi lebih istimewa kerana dirasmikan oleh Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Sabtu.

Turut hadir ialah Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid (Pengerusi Kumpulan, Media Prima Berhad, MPB), Rafiq Razali (Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad MPB) dan Mohd Efendi Omar (Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia).

Cuaca hujan selama tiga hari di Kuching, Sarawak tidak menjadi penghalang kepada para pengunjung untuk bersama-sama meluangkan hujung minggu mereka bersama keluarga tersayang di reruai yang disediakan anjuran Media Prima Berhad.

Antara reruai terhangat adalah Studio Tonton Drama Sangat yang menyediakan pertandingan kebudayaan Sarawak seperti Pertandingan Tarian Tradisional, Pertandingan Kostum Tradisional Kanak-Kanak dan lain-lain.



Jom Esports Championship yang diadakan buat julung kalinya buat penggemar Mobile Legends juga berjaya menarik perhatian generasi baharu ke Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak.

Kemunculan selebriti popular tanah air di Studio Tonton Drama Sangat juga disambut mesra oleh pengunjung apabila mendapat peluang untuk bertemu mesra dengan selebriti kegemaran mereka seperti Nabila Razali, Meerqeen, Anna Jobling, Aidit Noh, Sherry Ibrahim, Raden Zaharatul, Atiq Azman, dan Trisha Ooi.

Tidak ketingalan pembaca berita, Farah Nabilah Wazer dan Mior Abdul Malek, selain personaliti TV9 yang terdiri daripada Nur Affizza Azmi, Zaira Sri Zakaria dan Fizo Omar. Sementara artis jemputan pula ialah Sharifah Shahirah dan Hael Husaini.

Acara kemuncak iaitu Konsert Jom Heboh! yang dihoskan oleh Muaz Mohamed (Kool 101) dan Aisha Mazlin (Hot FM) mendapat sambutan hangat oleh para penonton.

Barisan penyanyi membuat persembahan ialah TujuLoca, Kaka Azraff, Liza Hanim, Nizam Laksamana, Aepul Roza, Baby Shima, Khai Bahar, Hael Husaini, Indah Ruhaila, Rahmad Mega dan Rem.  - 7KLIK



[FOTO: TV3]

Post a Comment

0 Comments