Hot Posts

6/recent/ticker-posts

The Masked Singer Malaysia: Kak Cat tersingkir, Soo Wincci sembunyi di balik topeng


THE MASKED Singer Malaysia musim keempat membuka tirainya dengan 14 persembahan oleh maskot-maskot baharu yang terdiri daripada Musang, Sang Kancil, Putera Katak, Mat Helang, Abang Jagung, Roti John, Bawang Putih, Kak Cat, Ikan Emas, Teratai, Bunga Matahari, Pom Pom Kin, Biskut Aiskrim dan juga maskot duo, Cili Padi.

Minggu pertama menyaksikan maskot Kak Cat  yang menyanyikan lagu Pelukan Angkasa, nyanyian asal oleh S.O.G & Shila Amzah tersingkir. Merungkai identiti sebenar di sebalik topeng, maskot tersebut rupa-rupanya adalah penyanyi popular Dr Soo Wincci.



Hanya Angah, penyampai radio SINAR dan pelakon Nabila Huda, selaku juri tetap rancangan ini berjaya meneka identiti maskot ini dengan tepat. Barisan juri tetap lain yang turut tampil dalam musim terbaharu ini ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak dan Michael Ang.

Penjurian peserta berdasarkan undian daripada Juri Tetap sebanyak 80 peratus (%) dan undian daripada penonton sebanyak 20% setiap minggu.

Program yang bersiaran langsung dari  CIDB Convention Centre Kuala Lumpur itu masih mengekalkan Datuk AC Mizal selaku hos.

Saksikan episod baharu The Masked Singer Malaysia musim keempat pada setiap Ahad, jam 9 malam secara langsung di Astro Warna (Saluran 107) danboleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO. - 7KLIK

ARTIKEL LAIN: netflix-announces-star-studded-cast-of
ARTIKEL LAIN: boboiboy-galaxy-sori-temani-peminat
ARTIKEL LAIN: watak-utama-oku-diangkat-dalam


MARKAH & KEDUDUKAN PESERTA MINGGU 1

1. Sang Kancil - Laskar Cinta (71.6%)
2. Roti John - Bintang Di Syurga (70.9%)
3. Ikan Emas - I Am The Best (67.5%)
4. Mat helang - Mentera Semerah Padi (67%)
5. Teratai - Oops! I Did It Again (66.9%)
6. Bunga Matahari - Dance Monkey (66.8%)
7. Biskut Aiskrim - Nuri (65.3%)
8. Musang - Aladin (62.4%)
9. Putera Katak - Creep (62%)
10. Pom Pom Kin - Jahat (60%)
11. Bawang Putih - Santai (68.8%)
12. Cili Padi - Cari Jodoh (57.7%)
13. Abang Jagung - Joget Mak Enon (55.9%)
14. Kak Cat - Pelukan Angkasa (55.6%) - TERSINGKIR: DR SO WINCCI   


[FOTO: Astro]

Post a Comment

0 Comments