Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Lantang bersuara isu Palestin - Bella Hadid disingkirkan Dior, model Israel sebagai ganti


Oleh: AILEEN ADAM

G
ARA-GARA lantang bersuara dengan menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman regim Zionis di media sosial, model terkenal, Bella Hadid didakwa telah dipecat oleh syarikat kosmetik antarabangsa, Dior sebagai duta jenama mereka.

Bermakna model berdarah Palestin itu tidak akan lagi terlibat mempromosikan wangian, Parfum La Collection Privee untuk koleksi musim sejuk akan datang.

Lebih mengecewakan, jenama tersebut menggantikan Bella atau nama lengkapnya, Isabella Khair Hadid dengan model dari Israel, May Tager biarpun populariti dan pengaruh Bella jauh lebih besar daripada model terbabit.

Perkembangan tersebut tersebar dengan cepat dan mendapat perhatian masyarakat dunia, sekaliu gus mengundang pelbagai kritikan dan kecaman daripada warganet di media sosial yang ternyata kurang senang dengan tindakan Dior dan menyifatkan syarikat itu mempunyai agenda tersendiri.

Susulan itu juga, ramai yang mula melancarkan kempen memboikot jenama tersebut di media sosial yang dianggap sebagai menyokong pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Pun begitu, Bella sehingga kini tidak memberikan sebarang reaksi tentang tindakan tersebut dan terus aktif memberikan sokongan kepada Palestin dan mengutuk kekejaman regim Zionis secara terbuka.

Terdahulu model berusia 27 tahun itu pernah mendedahkan ada menerima pelbagai mesej ugutan bunuh. Apatah lagi nombor telefon peribadinya juga disebarkan pihak tertentu sehingga hampir setiao hari dia dan keluarga diancam bahaya. 


Post a Comment

0 Comments