Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Konflik Palestin-Israel, MTV EMA Paris dibatalkan



RENTETAN isu global dan konflik peperangan yang semakin meruncing di Gaza, Anugerah Muzik MTV Europe Music Awards (MTV EMA) 2023 dibatalkan.

Pihak penganjur, Paramount Global, berkata, pembatalan acara muzik tahunan yang dijadualkan berlangsung di Paris pada 5 November depan itu dibuat kerana ia bukan waktu sesuai dilangsungkan ketika konflik peperangan Palestin-Israel itu hangat menggegar dunia.

"Ketika ini merupakan waktu untuk dunia berkabung dan menghormati situasi semasa yang sedang berlaku. Perang yang berlaku masa kini mengakibatkan ribuan nyawa terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak.

"Kita juga perlu mengutamakan  keselamatan staf, kru, artis, tetamu dan peminat yang datang dari seluruh penjuru dunia untuk merealisasikan acara muzik berprestij ini," katanya.

Difahamkan anugerah berkenaan akan kembali diadakan pada November tahun 2024. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments