Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jennie beli kediaman mewah berharga RM17 juta secara tunai



Oleh: AILEEN ADAM

BINTANG KPop popular, Jennie Blackpink dilaporkan telah membeli sebuah vila mewah berharga 5 billion won atau kira-kira RM17.7 juta secara tunai tanpa melibatkan pinjaman bank.

Menurut laporan portal hiburan Korea Selatan, Jennie Kim, 27, menyelesaikan urusan pembayaran kediaman yang terletak di UN Villege itu pada Julai lalu, setelah proses pembeliannya yang bermula pada Februari 2021.

Difahamkan pelantun lagu Solo dan You And Me itu juga baru sahaja mendaftarkan alamat kediaman tersebut di pejabat perbandaran setempat.

Kediaman mewah yang dikenali sebagai kompleks vila LaTerrace yang terletak dalam kawasan UN Village itu dikatakan mempunyai lima bilik tidur dan tiga bilik mandi dengan keluasan 244,970 meter persegi.




Sebelum ini duta Chanel itu juga dikatakan memiliki rumah di Los Angeles, Amerika Syarikat, selain kediaman yang didiami di kawasan elit di Korea Selatan.

Ramai yang memuji Jennie kerana bijak menguruskan kewangannya dengan baik dan beringat untuk membuat pelaburan masa depan meskipun masih dalam usia muda.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: 

Post a Comment

0 Comments