Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Satwo pukau pendengar dengan cahaya malam




SENSASI duo genre folk-pop dan neo-romantika Malaysia, Satwo, meneruskan gelombang karya mereka dalam industri muzik tanah air dengan pelancaran single terbaharu, Cahaya Malam.

Karya terbutan Luncai Emas itu memukau pendengar dengan keunikan dan kebijaksanaan Satwo yang kreatif menterjemahkan bakat mereka.

Lagu Cahaya Malam merupakan single ketiga Satwo selepas Untok Kita dan Gelap yang mana menggabungkan unsur-unsur seperti indie-folk dan pop melankolia dengan cara yang unik, menangkap kalbu pendengar dari awal hingga akhir.

Single itu juga adalah bukti bahawa artis-artis tanah air mampu menciptakan sesuatu karya yang bukan sahaja mudah ditangkap pendengar, malah unik, istimewa dan kreatif.




Menurut Satwo, Cahaya Malam yang merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh mereka sendiri itu adalah kesinambungan daripada single sebelum ini, Gelap.

"Lagu Cahaya Malam bermula dengan intro yang seperti 'chanting' atau mantera, bagi menenangkan perasaan kusut dan membuat pendengar memberi perhatian pada melodi yang akan dinyanyikan seterusnya.

"Berbanding dengan ‘mood’ dua single sebelum ini yang gelap, lagu ini lebih santai dan tenang." kata Maz selaku vokalis dan pemain keyboard.

Rafiz yang juga menyumbang suara dalam Satwo pula mahu pendengar menafsirkan sendiri lagu tersebut mengikut pemahaman mereka.

"Inspirasi Cahaya Malam datang daripada perasaan selepas dendam itu terbalas dan menceritakan kesan daripada dendam, sama ada baik atau buruk.

“Walau bagaimanapun kami tak sabar untuk para peminat dan orang ramai mendengarnya dan menafsirkan lagu ini dengan cara mereka sendiri yang berhubung dengan jiwa peribadi mereka," katanya mengharapkan single tersebut dapat mengukuhkan kedudukan mereka sebagai salah satu pemain utama dalam arena indie-pop Malaysia.

Cahaya Malam boleh didapati di semua platform streaming muzik utama, termasuk Spotify, Apple Music dan Joox. - 7KLIK


[KREDIT: Luncai Emas]







Post a Comment

0 Comments