15 Sep 2021

SUNWAY MALL's PERKETAT LANGKAH KESELAMATAN DEMI #SAFERCOMMUNITYTOGETHER



SEJAJAR dengan matlamat negara untuk mencapai imuniti kelompok dan menyuntik semula nafas ke dalam ekonomi, Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) bakal melancarkan kempen #SaferCommunityTogether di seluruh pusat beli-belahnya untuk menyediakan persekitaran yang lebih selamat buat para pembeli-belah.

Mulai 15 September, Sunway Malls di Lembah Klang akan mengambil bahagian dalam kempen ini dan ia akan melibatkan semua individu yang memasuki pusat beli-belah berkenaan, termasuk pembeli-belah dan peruncit.

Sektor demi sektor ekonomi negara mula diberikan kelonggaran untuk beroperasi dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Lembah Klang, dan pada saat ini, Sunway Malls di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor menyaksikan 95% kedai peruncitnya menjalankan operasi, ia telah meningkat daripada angka 85% yang direkodkan ketika Fasa 1.

Jumlah pengunjung juga telah meningkat sehingga paras normal yang baharu di antara 50-60% (jangka waktu yang sama pada tahun 2019 digunakan sebagai tanda aras), berbanding 35% yang dicatatkan pada awal bulan September ini. Operator kumpulan pusat beli-belah ini juga berharap untuk melihat semula paras normal tersebut mencecah 80% menjelang suku keempat 2021.    

Sunway Malls menyedari kepentingan untuk memastikan pusat beli-belahnya selamat untuk dikunjungi dan ingin menjadikannya sebuah keutamaan buat semua. Pusat-pusat beli-belah di Pulau Pinang dan Johor akan memulakan kempen ini tidak lama lagi seiring dengan perkembangan status imuniti kelompok di negeri-negeri berkenaan.

Setakat 12 September, 101.3% populasi dewasa di Lembah Klang telah lengkap divaksin menurut data yang dikeluarkan oleh CITF. Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks, HC Chan turut mengambil peluang untuk berkongsi,

“Susulan pembukaan lebih banyak perniagaan demi warga komuniti, maka kita perlu memastikan faktor keselamatan terus diberi perhatian tertinggi untuk membekalkan keyakinan kepada orang ramai. Inisiatif #SaferCommunityTogether bermatlamat untuk meningkatkan taraf keselamatan ini secara kolektif.

"Ia termasuk pengenalan pintu masuk bagi individu yang lengkap divaksin hanya di Sunway Malls Lembah Klang, berserta dengan pengerahan protokol keselamatan yang lain. Bagi kategori yang tidak berkelayakan untuk mengambil vaksin, pengecualian akan dibenarkan.”



Setelah memasuki pusat beli-belah, pembeli-belah akan melalui pemeriksaan suhu dan MySejahtera untuk memastikan mereka telah lengkap divaksin dan dikategorikan sebagai berisiko rendah.

Mereka yang dikecualikan daripada pengambilan vaksin ialah golongan yang berumur antara 12-17 tahun, atau golongan yang tidak dibenarkan untuk mengambil vaksin kerana masalah kesihatan.


Persekitaran yang selamat buat semua

Dari segi populasi pekerja, kesemua kakitangan Sunway Malls dan staf runcit menyasarkan 100% imuniti kelompok dan bersedia untuk berkhidmat buat para pembeli-belah.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha Sunway untuk memastikan kakitangan mereka dilindungi dengan sewajarnya, sekali gus menjamin keselamatan dan kesejahteraan orang sekeliling.

Status vaksinasi setiap kakitangan dan staf runcit pusat beli-belah Sunway akan disemak dan mereka akan mengenakan lencana “I’m Vaccinated” berserta dengan nama dan nombor siri mereka untuk menambah keyakinan orang ramai ketika membeli-belah.

Kakitangan juga akan melalui protokol pemeriksaan yang ketat setiap hari agar mereka tidak berpotensi untuk membahayakan pembeli-belah dan kakitangan yang lain. 


Berjuang menerusi perpaduan

Kita perlu memberi usaha secara kolektif untuk memastikan keselamatan sesama kita terpelihara, oleh itu, peringatan juga diletakkan di sekitar pusat beli-belah untuk membantu pembeli-belah memainkan peranan mereka.

Pegawai penjarakan sosial dan peringatan visual juga akan ditempatkan di pusat beli-belah Sunway. Meskipun hanya pembeli-belah yang lengkap divaksin dibenarkan masuk, kami masih akan mengutamakan keselamatan serta mematuhi amalan kebersihan dengan membasuh tangan, memakai pelitup muka, dan mensanitasi misalnya untuk mewujudkan ruang yang selamat buat semua.

Sunway Malls juga menawarkan ganjaran kepada pembeli-belah yang telah lengkap divaksin dengan pelbagai tawaran dan promosi sebagai tanda penghargaan.

Pembeli-belah boleh menebus tawaran #CucukDeals daripada peruncit yang mengambil bahagian di pelbagai platform, termasuk platform media sosial pusat-pusat beli-belah Sunway. Ia bertujuan untuk menggalakkan orang ramai melaksanakan kewajipan mereka demi kebaikan negara.

Pembeli-belah yang tidak berpeluang untuk berada di pusat beli-belah Sunway untuk jangka waktu yang lama, Sunway Malls juga telah memperkenalkan Personal Shopper Service untuk memberi bantuan kepada pembeli-belah sebelum mereka perlu menjejakkan kaki di pusat beli-belah pilihan mereka.

Pelanggan hanya perlu melayari laman web atau saluran media sosial pusat beli-belah tersebut dan berkomunikasi dengan kakitangan khas melalui “chatbot” atau aplikasi FB Messenger.

Pelanggan boleh menyenaraikan barangan yang mereka perlukan, lalu kakitangan pusat beli-belah berkenaan akan peroleh barangan tersebut bagi pihak pelanggan.

Setelah barangan yang disenaraikan ditemui, kakitangan khas ini akan memaklumkan pembeli-belah dan mereka boleh datang untuk membelinya.

Beroperasi dari 11 pagi hingga 9 malam setiap hari, pembeli-belah perlu menghubungi kakitangan khas tersebut sekurang-kurangnya 1 hari sebelum kunjungan mereka untuk memberi masa yang secukupnya bagi pemerolehan barangan tersebut. Dengan kemudahan ini, pembeli-belah boleh berlapang dada serta menjimatkan masa.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen #SaferCommunityTogether oleh Sunway Malls atau untuk menebus tawaran #Cucukdeals, sila layari platform media sosial yang disediakan bagi setiap pusat beli-belah Sunway.


[KREDIT: Sunway Malls]









Tiada ulasan:

Catat Ulasan