Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KOPETRO sediakan ‘bank sumbangan makanan’ buat golongan memerlukan



KOPERASI Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) tampil melancarkan melancarkan program bank makanan atas rasa tanggungjawab untuk membantu masyarakat yang dihimpit masalah kewangan akibat pandemik Covid-19 yang mula merebak sejak lebih setahun yang lalu. 

Keadaan menjadi lebih mudarat susulan perintah berkurung yang diarahkan kerajaan sejak bulan Jun 2021 yang lalu, menyebabkan ramai yang tidak mampu menampung kos kehidupan kerana tidak boleh bekerja.

Untuk fasa pertama Program Bank Makanan KOPETRO, ianya bakal dijalankan di tujuh lokasi stesen minyak PETRONAS milik mereka iaitu di AU 2 Taman Keramat, Brickfields, Alam Sutera (Puchong), Buloh Kasap dan Mukim Sermin di Segamat, serta di Tanjung Rambutan dan Taman Anda di Ipoh.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah, inisiatif ini bukanlah yang pertama bagi KOPETRO menghulurkan bantuan kepada orang ramai.

Sebelum ini KOPETRO pernah menyertai sebuah program kemasyarakatan dibawah kelolaan sebuah stesen televisyen dalam menyampaikan bantuan makanan kepada petugas-petugas barisan hadapan seperti polis, tentera laut termasuklah petugas-petugas kesihatan di pusat kuarantin.

Pada bulan puasa yang lalu juga, melalui kerjasama dengan Persatuan Seniman Malaysia, KOPETRO telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan juga bekalan makanan kepada 50 artis-artis veteran tempatan yang putus punca pendapatan akibat pandemik ini.

“Kesan pandemik Covid-19 sememangnya amat luar biasa terhadap kehidupan manusia. Adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk kita sama-sama membantu dan menyokong golongan yang memerlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup,” ujar Ahmad Shakir.


Biarpun mempunyai sejumlah peruntukan untuk menampung kos bekalan makanan bagi program ini, Ahmad Shakir mengalu-alukan sokongan orang ramai yang berkemampuan untuk sama-sama disalurkan kepada lebih banyak penerima dan mereka yang memerlukannya.

KOPETRO telah ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu dengan keanggotaan mencecah 17,000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. KOPETRO menawarkan perkhidmatan pembiayaan patuh syariah kepada ahli KOPETRO di samping pelbagai perkhidmatan dalam industri pelancongan, perhotelan, makanan dan perdagangan.

Layari laman web www.kopetro.com.my untuk butiran lanjut. - 7KLIK   

[KREDIT: Kopetro]

Post a Comment

0 Comments