14 Jan 2021

SAYA MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MEMBATALKAN PERMOHONAN TRADEMARK NAMA HARIMAU MENANGIS - DATIN NOOR KARTINI



BERIKUT merupakan kenyataan rasmi daripada Datin Noor Kartini berhubung kontroversi Menu Daging Harimau Menangis yang dijelaskan dalam sidang media pada hari ini, Khamis, 14 Januari 2021.


"Asalamualaikum semua, saya ingin berterima kasih kepada sahabat media yang sudi meluangkan sedikit masa hari ini berkenaan isu daging harimau menagis yang sedang tular di media sosial.

"Saya ingin memohon maaf dan sedar akan kekhilafan yang telah terjadi dan saya berharap keputusan yang saya buat hari ini dapat menjelaskan dan meredakaan keadaan.

"Untuk maklumat semua, saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan trademark nama Harimau Menangis dengan secepat yang mungkin.

"Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah hanya untuk melindugi jenama perniagaan dan juga untuk melindugi ejen-ejen jualan kami dari masalah produk tiruan.

"Sesunguhnya, tiada niat saya untuk menutup pintu rezeki sesiapa dan saya percaya rezeki kita masing-masing datangnya dari Allah SWT.

"Dengan penjelasan ini saya harap isu ini telah selesai dan tidak perlu lagi dipanjangkan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan semua sepanjang tempoh PKP ini. Stay safe dan terima kasih."


Dengan penjelasan ini, maka selesailah kontroversi Daging Harimau Menangis yaa.. Semoga isu ini tidak dipanjangkan lagi.

Tiada ulasan:

Catat Komen