14 Jan 2021

EMMA MAEMBONG, SUAMI POSITIF COVID-19



PELAKON Emma Maembong mengesahkan dirinya positif Covid-19 biarpun tidak mengalami sebarang gejala virus tersebut.

Perkongsian tersebut dilakukan Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 29, di laman Instagramnya pada Khamis.

Menerusi sebuah video berdurasi 41 saat yang dimuat naik, pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan itu berkongsi detik ketika membuat ujian calitan Covid-19 yang dikendalikan sebuah klinik di kediamannya.

“Buat ujian calitan di rumah bersama kumpulan Megaklinik Zahran. Sangat bagus dan profesional. Mereka boleh datang ke rumah dan lakukan ujian.

"Saya tiada apa-apa simptom tapi keputusan ujian calitan positif. Jadi, walaupun rasa sihat, buat sahaja ujian calitan sebab kita tidak tahu ada atau tidak virus tersebut dalam diri kita,” tulisnya pada kapsyen.

Emma juga sempat menitipkan pesan kepada orang ramai agar sentiasa menjaga diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berwajib.

Tidak hanya Emma, suaminya, Shazli Azhar, turut disahkan positif virus tersebut. Bagaimanapun, Emma meluahkan rasa syukur apabila cahaya mata sulungnya, Shariq Gabriel yang berusia tiga bulan tidak dijangkiti apabila mendapat keputusan dalam ujian calitan yang dibuat.

Semoga Emma cepat sembuh dan mendapat rawatan sebaiknya. Kita jaga Kita! Sama-samalah kita mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan agar dapat segera memutuskan penularan Covid-19 dalam komuniti dan negara.


[KREDIT: Instagram Emma Maembong]

Tiada ulasan:

Catat Komen