Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ZIZI KIRANA, KAK LINA POMPOM & FAIZAL TAHIR BIKIN SEMUA TAK KERUAN DENGAN EMPAT DARA 2020


BARU-BARU ini selebriti serba boleh, Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan nama Kak Lina Pom Pom sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila memuat naik sepotong rakaman video menyanyikan lagu tradisional, Empat Dara di laman Instagramnya. 

Elly turut mencabar netizen untuk menyanyikan semula lagu terbabit mengikut versinya dan menawarkan wang saguhati RM100 bagi video terbaik. Cabaran Elly itu mendapat reaksi daripada netizen termasuk rakan selebriti yang turut merakamkan semula lagu Empat Dara dalam versi tersendiri.

Antaranya adalah Datuk Aznil Nawawi, Achey, Acong Sweetchild, Datuk Fizz Fairuz, Shiha Zikir, Azza Elite dan Ezad Lazim. Video tersebut kini menghampiri dua juta tontonan dan lebih dari 200,000 komen. 

“Tak sangka ia mendapat perhatian sampai macam tu sekali, niat saya cuma satu, saya nak buat orang gembira. Bila orang lain gembira, saya turut tumpang gembira.” kata Elly selepas video asal tersebut menjadi tular.

Tidak terlepas dari menyahut carbaran tersebut adalah penyanyi dan komposer, Faizal Tahir yang memuat naik sedutan dari persembahan beliau di salah sebuah rancangan television. Klip tersebut turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata mahukan Elly dan Faizal menyanyikan semula lagu tersebut. 

Sehubungan dengan itu, syarikat rakaman Faithful Music telah merialisasikan permintaan tersebut dengan menerbitkan semula Empat Dara 2020. Bagi menambah rencah, Zizi Kirana turut sama terbabit dengan menyumbangkan suara serta terlibat dalam video muzik (MV) lagu ini.

"Tak sangka pula Faizal Tahir melayangkan tawaran untuk bekerjasama dengan Elly. Faizal memberitahu, kerjasama ini disifatkan sebagai projek gila-gila dan saya tak fikir dua kali untuk menerima tawaran ini.” kata Zizi Kirana. 

Faizal Tahir pula menjawab ringkas bila ditanya tentang kolaborasi dan versi terbaharu ini.

“Dia (Elly) mintak masuk, kita masuk lah!" katanya.

Selari dengan tajuknya, Empat Dara 2020 bakal memberikan nafas baru dan sesuatu yang segar kepada pendengar tanpa menghilangkan elemen tradisional pada lagu tersebut. Video muziknya juga simple dengan membawa konsep komedi yang ringan. 

Empat Dara adalah karya asal oleh Atan Ahmad dan Ahmad Jusoh manakala versi terbaru ini mendapat sentuhan bersama Faizal Tahir, Mage, Mike Chan dan Mambang. Versi baharu ini merupakan terbitan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar.

Lagu ini dijadualkan akan berada di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes pada 11 November lalu, manakala video muzik rasmi Empat Dara 2020 juga boleh ditonton di saluran YouTube Faizal Tahir pada tarikh yang sama.

[KREDIT: Universal Music Malaysia]







Post a Comment

0 Comments