Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MUZIK MUZIK SEPARUH AKHIR 35 DITUNDA, SALAH SEORANG PENYANYI POSITIF COVID-19



SISTEM Televisyen Malaysia Berhad (STMB), hari ini dimaklumkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa seorang artis yang menyertai program Muzik Muzik 35 Separuh Akhir yang telah berlangsung sejak 20 November hingga 21 November telah dijangkiti virus Covid-19 dan beliau kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.


Penyanyi terbabit yang membuat persembahan pada 20 November lalu telah menjalani ujian saringan Covid-19 setelah mengetahui kontak rapat yang ditemuinya pada 17 November (Selasa) lalu, didapati positif, semalam (21 November).

Artis tersebut terus menjalani ujian mandatori Covid-19 yang dikendalikan oleh KKM pada 21 November dan disahkan positif Covid-19 hari ini. 

STMB sedang bekerjasama rapat dengan KKM dan juga artis terbabit untuk mendapatkan maklumat terperinci pergerakan beliau bagi langkah-langkah mengurangkan risiko kebarangjangkitan, kepada warga kerjanya dan semua yang terlibat dalam program Muzik Muzik 35 Separuh Akhir. 

Pada masa yang sama, kerja-kerja sanitasi di lokasi terbabit juga dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh KKM.

Sehubungan itu, STMB mengambil langkah untuk menunda siaran langsung Muzik Muzik 35 Separuh Akhir yang dijadualkan pada pukul 9 malam ini (22 November) ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

STMB sentiasa mengutamakan kesihatan kakitangan dan juga pelanggannya serta sentiasa akur dengan setiap SOP yang ditetapkan oleh pihak KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kakitangan yang terlibat dalam produksi tersebut telah memulakan kuarantin dan bekerja secara virtual di rumah masing-masing bermula hari ini. Kakitangan STMB yang juga kontak rapat dengan artis terbabit turut menjalani ujian calitan (swab test) Covid-19. 


[KREDIT: TV3]

Post a Comment

0 Comments