Hot Posts

6/recent/ticker-posts

DATUK NASSIER WAHAB MENINGGAL DUNIA


DUNIA seni hiburan tanah ari dikejutkan dengan berita permergian penyanyi popular era 1980an, Datuk Nassier Wahab yang menghembuskan nafas terakhir pada 12.45 tengah malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur akibar Kanser Gusi.

Allahayarham Nassier atau nama sebenarnya Mohd Nasir Abdul Wahab, 57, tidak sedarkan diri selepas muntah darah dan disahkan meninggalkan dunia 40 minit kemudian.

Terdahulu sebelum itu, Allahyarham menghidapi ketumbuhan pada gusi dan menjalani pembedahan pada September lalu. Selelepas itu, Allahyarham mula menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi.

Allahyarham yang terkenal dengan lagu Memori Cinta Luka, Sekali Aku Jatuh Cinta, Gadis Bermata Biru dan lain-lain meninggalkan seorang isteri, Datin Fatimah  Abd Rau Rauf, 56, dan seorang anak, Intan Najihah, 22.

ALFATIHAH dan salam takziah buat keluarga Allahyarham.


BIODATA NASSIER WAHAB

NAMA SEBENAR:
Mohd Nasir Abd Wahab
TARIKH LAHIR: 
18 April 1962
UMUR: 
57 Tahun
ASAL: 
Pulau Pinang
ISTERI: 
Datin Fatimah Abd Rauf, 56.
ANAK: 
Intan Najihah, 22
MULA AKTIF DALAM BIDANG SENI: 
1985
LAGU POPULAR: 
Bayangan Wajah Duka, Memori Cinta Luka, Sekali Aku Jatuh Cinta, Gadis Bermata Biru dan lain-lain
PENCAPAIAN: 
Anugerah Vokal Lelaki Pilihan Anugerah ERA 2004.

Post a Comment

0 Comments