Hot Posts

6/recent/ticker-posts

NEELOFA SAH TINGGALKAN MELETOP


PENGACARA Popular, Neelofa mengumumkan bakal berundur daripada MeleTOP selepas lapan tahun tahun bersama program infotaiment popular itu.

Pengumuman itu dilakukan Neelofa atau Lofa secara langsung dalam program tersebut pada Selasa.

Menurutnya, keputusan berat tersebut terpaksa dilakukan demi komitmen baharu yang bakal digalas menerusi sebuah program baharu yang akan diperkenalkan astro tidak lama lagi.

Mengakui amat serasi dengan rakan hos, Nabil Ahmad dan teka produksi Meletop, kata Lofa, tidak mudah untuk dia membuat keputusan tersebut.




Apapun selebriti asal Kelantan itu akan menjalankan tugasannya seperti biasa sepanjang bulan bulan ini, sebelum berakhir pada 31 Disember depan.

Dalam pada itu, pihak Astri belum mendedahkan siapa pengganti Lofa untuk bergandingan bersama Nabil. Teka-teki itu hanya akan terjawab pada siaran pertama Meletop untuk tahun 2020.

Sememangnya tidak dapat dinafikan, Lofa dan Nabil merupakan gandingan serasi yang menghidupkan MeleTOP menjadi sebuah program kegemaran ramai.

Apa pun Good luck untuk Lofa!

Post a Comment

0 Comments