6 Dis 2019

PARADIGM MALL LAKAR SEJARAH DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS, POKOK KROSMAS DENGAN WE BARE BEARS TERBANYAK


PARADIGM MALL Petaling Jaya (Paradigm Mall PJ) menyambut kemeriahan musim percutian dengan mencatatkan rekod baharu. 

Berkunjunglah ke pusat membeli-belah ini untuk menyaksikan pokok Krismas yang diilhamkan daripada We Bare Bears dari Cartoon Network dan lihatlah sendiri ‘Pokok Krismas dengan We Bare Bears Terbanyak’ – yang pertama dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records.

Pokok Krismas gergasi yang setinggi 8.3 meter dan selebar 4.5 meter ini terdiri daripada 1,202 patung mini watak We Bare Bears seperti Grizzly, Panda dan Ice Bear, serta dimeriahkan lagi dengan hiasan Krismas untuk menyambut pengunjung di Tingkat Atas (UG) Paradigm Mall PJ. Pengunjung boleh menyaksikan kemeriahan pokok ini dari 29 November.


“Krismas takkan lengkap tanpa mainan anak patung haiwan,” jelas Cik Selena Chua, Ketua Pegawai Operasi WCT Mall Management.  
“Kerana itulah kami begitu teruja untuk menampilkan anak patung haiwan di dalam musim cuti ini melalui ‘Pokok Krismas dengan We Bare Bears Terbanyak’.  
Di WCT Malls, kami sentiasa mementingkan pengalaman unik untuk pengunjung kami. Pokok gergasi yang dihias dengan patung mini We Bare Bears sudah pasti akan menggembirakan pengunjung cilik dan menarik minat ahli keluarga dan rakan-rakan untuk bergambar bersama, menjadikan kunjungan ke Paradigm Mall Petaling Jaya kenangan yang tidak dapat dilupakan. 
 
Selain itu, Grizz, Panda dan Ice Bear dari We Bare Bears akan membuat kemunculan istimewa di semua WCT Malls pada Hari Krismas nanti.



Bersempena dengan tema Krismas bersama beruang di Paradigm Mall PJ, pengunjung juga boleh mengambil bahagian di dalam kempen ‘Adopt the Bear’ dengan menderma RM50 kepada rumah anak-anak yatim. Penderma boleh mengumpul beruang pada 29 Disember 2019. 

Sambutan perayaan dengan suasana memberi ini sudah pasti mengukir senyuman pada wajah kanak-kanak dari House of Joy, Yayasan Sunbeams Home dan Shepherd’s Centre Foundation.


“Perayaan Krismas adalah masa untuk berkongsi kasih sayang dan kegembiraan, jadi kami ingin memainkan peranan dengan membawakan keseronokan kepada golongan yang kurang bernasib baik melalui kempen derma ini. 
Kami berbesar hati dapat berkongsikan semangat perayaan ini dengan kanak-kanak ini, serta berharap mereka boleh berseronok dengan program yang telah kami sediakan untu kmereka,” jelas Chua.

 

Pengunjung juga boleh menantikan aktiviti serba ajaib sepanjang bulan Disember di Paradigm Mall PJ melalui program yang sesuai untuk seisi keluarga, serta berpeluang bergambar di gua hiasan We Bare Bears.

Kawasan cenderahati We Bare Bears turut dibuka di Paradigm Mall PJ dari 29 November hingga 29 Disember 2019 agar pengunjung boleh membeli hadiah bertemakan beruang.


Sesi Bertemu We Bare Bears
Tarikh: 14, 15, 21, 24 & 25 Disember 2019

Mari bertemu tiga beradik beruang comel, Grizz, Panda dan Ice Bear di Paradigm Mall, Petaling Jaya! Tiga beradik ini akan memakai topi Krismas dan menjemput anda dengan pelukan kuat pada Hari Krismas ini!


Sesi Bertemu Santa & Ms. Claus
Tarikh: 30 November, 1, 7, 8, 11, 14, 15, 21, 22, 24 & 25 Disember 2019

Hari Krismas tidak akan lengkap tanpa Santa Claus. Baik atau nakal, bawalah anak-anak anda ke Paradigm Mall PJ untuk bertemu Santa dan Ms. Claus, serta bawa pulang hadiah Krismas.


Persembahan Krismas
Persembahan Tarian Akrobatik Krismas: 1, & 8 Disember 2019
Pertunjukan Tarikan Krismas Jingle Bells: 15 & 22 Disember 2019
Persembahan Smart Reader Kids: 7 & 8 Disember 2019
Persembahan Q-Dees: 30 November 2019
Persembahan Drum Connect: 7 & 28 Disember 2019

Tarian dan nyanyian Krismas mungkin biasa bagi anda, tapi pernahkah anda menyaksikan Persembahan Tarian Akrobatik Krismas? Mari saksikan bakat-bakat tempatan yang pasti menghiburkan anda dengan gerakan yang mendebarkan.

Paradigm Mall PJ juga ada pelbagai persembahan lain untuk anda saksikan sempena musim cuti ini!


Karol Krismas
Tarikh: 7, 14, 21, 24 & 25 Disember 2019

Lagu-lagu perayaan ini amat dikenali ramai, kerana itulah Krismas Karol merupakan sebahagian aktiviti menarik pada perayaan ini. Marilah bersama-sama menyanyikan lagu Krismas bersama keluarga dan rakan.


Bengkel Krismas We Bare Bears
Bengkel We Bare Bears Shadow Box: 30 November, 7, 11, 15, 22, 24, 28 & 29 Disember 2019
Bengkel Hiasan Tanah Liat We Bare Bears: 1, 8, 14, 21, 25, 28 & 29 Disember 2019
Membuat Cupcake Fondant We Bare Bears: 7, 8, 22 & 29 Disember 2019
Melukis Ising Biskut Royal We Bare Bears: 8, 22, 28 & 29 Disember 2019

Masa untuk berikan Krismas sedikit kreativiti melalui bengkel seni dan kraf yang telah diaturkan sepanjang bulan Disember 2019.


Peraduan Krismas
Peraduan Mewarna: 8 Disember 2019
Peraduan Menghias Pokok Krismas: 29 November 2019

Hadiah dan pokok Krismas adalah perkara yang paling dinantikan pada Hari Krismas. Tunjukkan kebolehan anda untuk menghasilkan hadiah, hasil kerja tangan anda sendiri. Bawalah si kecil untuk menyertai peraduan mewarna Krismas. Hasil kerja terbaik akan diberikan hadiah!

Pengunjung juga berpeluang menyertai peraduan menghias pokok Krismas. Hiasan akan diadili berdasarkan keaslian, kreativiti, penggunaan bahan dan persembahan keseluruhan. Ajaklah ahli keluarga dan rakan untuk menyertai peraduan ini kerana ia pasti merupakan aktiviti yang sesuai untuk diluangkan masa bersama. Terdapat hadiah sehingga RM5000* untuk dimenangi!



Hadiah dengan Pembelian (GWP)

Anda berpeluang menebus cenderahati We Bare Bears apabila berbelanja.

Beg Duffle We Bare Bears

Pengunjung yang berbelanja RM250 ke atas dalam tiga resit berpeluang menebus Bag Duffle We Bare Bears yang disediakan dalam warna coklat, hitam dan putih; setiapnya mewakili watak We Bare Bears: Grizz, Panda dan Ice Bear. Pemegang kad kredit HSBC dan ahli WCT Buddy hanya perlu berbelanja RM150 ke atas dalam maksimum tiga resit untuk menebus.

Pengunjung dan peminat yang tidak ingin ketinggalan menyaksikan siri We Bare Bears bolehlah menyaksikannya di saluran Cartoon Network; Astro Ch. 616 (SD) dan Astro Ch. 636 (HD).

Untuk keterangan lanjut tentang aktiviti dna promosi, sila layari laman web pusat membeli-belah ini dan platform media social di:

Laman Web: www.paradigmmall.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/ParadigmPJ/

*Tertakluk pada Terma & Syarat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan