Hot Posts

6/recent/ticker-posts

COLOURLESS, PEMENANG UTAMA BMW SHORTIES 2018


BMW Shorties telah menobatkan filem pendek yang berjaya muncul sebagai juara bagi tahun 2018, iaitu Colourless oleh Ananth Subramaniam, ia mengisarkan perjalanan seorang perenang serta cabaran yang dihadapi oleh beliau untuk menempuh liku kehidupannya bersama seorang ayah tunggal serta komuniti renang beliau.

Filem pendek yang berdurasi 14 minit itu dipersembahkan di Malam Penganugerahan BMW Shorties 2018, yang menyaksikan pasukan pembikin filem ini pulang dengan geran produksi yang bernilai RM 80,000 untuk membiayai filem pendek mereka yang seterusnya.

Colourless membawa kita menyusuri dunia Samantha – seorang perenang muda yang berbakat, beliau ingin menunjukkan kemahiran yang dipendam namun ia dikekang oleh persekitaran hidup beliau. 

Samantha bergelut untuk merapatkan hubungan dengan ayahnya sambil mengharungi pelbagai kebimbangan, kisah Samantha ini memberikan peringatan tentang liku validasi kendiri yang berlandaskan minat dan bakat seseorang yang terisi dengan kesunyian dan kekecewaan; namun, dengan azam dan kepercayaan yang kuat, cita-cita yang dikejar boleh menjadi realiti.

“Ia merupakan sebuah penghormatan bagi kami untuk dinobatkan sebagai Pemenang Hadiah Utama BMW Shorties yang mengiktiraf usaha dan kualiti kerja yang dicurahkan oleh pasukan kami walaupun terdapat kekangan dari segi masa. 
Kami berasa teruja untuk menyertai barisan peserta-peserta lain yang berbakat, di mana kita berpeluang untuk mempelajari tentang banyak perkara bersama mereka. 
Kami bersyukur kerana BMW Shorties membolehkan kami menggunakan platform tersebut untuk menceritakan kisah yang bermakna ini kepada orang ramai, dan kami berharap ia dapat mencetus inspirasi dalam diri mereka,” ujar Ananth Subramaniam. 

 


Colourless telah menarik perhatian para juri untuk tahun ini ekoran daripada kualiti produksinya, ia menyuntik elemen yang penuh impak ke dalam naratif filem tersebut menerusi pengarahan yang kreatif, rekaan bunyi dan penyuntingan serta lakonan yang mantap. 

Filem pendek ini juga berjaya membawa pulang anugerah-anugerah sokongan yang lain seperti anugerah Pengarah Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Bunyi Terbaik, Suntingan Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik.


“Kami ingin mengetengahkan tema ‘Dorongan’ (‘Drive’) yang diterapkan dalam kehidupan seharian. Diri kita juga dipenuhi dengan semangat yang dibawakan oleh ‘Samantha’ – kita sentiasa berusaha untuk mengejar sesuatu perkara yang bermakna.  
Walaupun perjalanan tersebut tampak sukar, namun ia berbaloi jika diusahakan dengan sebaiknya. ‘Colourless’ merupakan cara kami menceritakan kisah tentang dorongan, impian dan keinginan, yang boleh dikaitkan dengan diri kita berdasarkan situasi hidup masing-masing,” jelas Ananth lagi.

Quek Shio Chuan, iaitu salah seorang juri untuk BMW Shorties 2018, memberi komen beliau, 

“Kami dapat melihat suntikan nafas baharu menerusi pendekatan yang dibawakan oleh Ananth berlandaskan tema ‘DRIVE’. Mengikut gaya penyampaiannya, mesej yang dititip dapat dihantar dengan jelas, ia mengingatkan kita mengenai pelbagai dimensi yang wujud dalam kehidupan sebenar, diperkasakan oleh dorongan seorang insan yang bergelar manusia.”

Isazaly Mohd Isa, juga merupakan seorang juri bagi acara tersebut menyatakan, 

“Ia merupakan sebuah kemenangan yang setimpal atas hasil kerja yang dibawakan oleh Ananth dan krunya. ‘Colourless’ memiliki kualiti yang jarang dilihat, namun penting bagi filem pendek seperti ini – dengan kebolehan beliau untuk mengorak melalui dialog dan persembahan yang serba minima menerusi sebuah naratif yang kaya dengan emosi untuk dihayati oleh para penonton.” 


Lina Tan pula berkata, 

“Ananth mengambil pendekatan yang tertumpu, seimbang dan tulus untuk menyampaikan sebuah cerita yang ringkas namun penuh makna. Menerusi kilasan kehidupan seharian Samantha, filem pendek ini membawa penonton menyelami pelbagai emosi yang menonjolkan pergelutan yang terpaksa ditempuhi oleh watak tersebut secara bersendirian.”

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia menjelaskan, 

“Penglibatan bakat-bakat pembikin filem dan kandungan digital merupakan suatu perkara yang menggalakkan, mereka mendemonstrasikan dorongan dan minat dalam hasil kerja mereka di BMW Shorties. 
Mereka mencerminkan sinergi antara kreativiti dan dorongan untuk menghasilkan karya seni yang penuh inspirasi – sebuah ikhtiar yang BMW Shorties ingin memupuk untuk tahun-tahun yang akan datang.”

Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia berkata, 

“Setiap tahun, kami berasa kagum untuk melihat jumlah penyertaan bakat-bakat dan kualiti hasil kerja mereka di BMW Shorties; tahun ini juga tidak terkecuali. Ia memberikan kami motivasi untuk terus menaikkan nama BMW Shorties sebagai platform yang terkemuka bagi pembikin filem dan kandungan digital generasi baharu untuk mereka mengasah kemahiran serta berkongsi hasil seni yang unik dan penuh inspirasi kepada audiens di Malaysia dan luar negara.”

Kesemua filem-filem pendek yang dihasilkan oleh para finalis ini boleh ditonton menerusi laman web rasmi BMW Shorties di www.bmwshorties.com.my. Jika anda ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai acara-acara BMW Shorties yang akan datang, kunjungi laman Facebook BMW Shorties di www.facebook.com/bmwshorties serta laman Instagram di www.instagram.com/bmwshorties.




SENARAI PEMENANG BMW SHORTIES 2018 

Anugerah Hadiah Utama
Colourless (Ananth Subramaniam)  

Anugerah Pilihan Popular
Handbag (Hyrul Anuar)

Anugerah Pengarah Terbaik
Ananth Subramaniam (Colourless) 

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik
Alang Fadhli (Lelaki Yang Dirindui)

Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
Atiqah Afina (Colourless)

Anugerah Sinematografi Terbaik
JF Chong (Colourless)

Anugerah Suntingan Terbaik
Jordan Goh (Colourless)

Anugerah Lakon Layar Terbaik
Caston J (Kampung Aman)

Anugerah Rekaan Bunyi Terbaik
Chris G (Colourless)

Anugerah Rekaan Produksi Terbaik
Ravindran Krishnan (Kampung Aman)




[KREDIT: BMW Shorties ]

Post a Comment

0 Comments