Hot Posts

6/recent/ticker-posts

CJ WOW SHOP BAKAL LANCAR SEGMEN BAHASA MANDARIN BAHARU DI NTV7


BAGI manambahkan WOW kepada perayaan sambutan tahun baru ini, CJ WOW SHOP, rangkaian beli-belah di rumah yang inovatif, akan memperluas program bahasa Mandarinnya melalui saluran TV popular ntv7 bermula 31 Disember 2018. 

Langkah ini akan meningkatkan akses bagi peminat berbahasa Mandarin kepada produk gaya hidup dan kelengkapan rumah yang inovatif melalui pelbagai demonstrasi siaran langsung yang kreatif lagi menghiburkan. 

Pelancaran terbaru di saluran ntv7 juga akan menambahkan kandungan bahasa Mandarinnya merentasi pelbagai jenis saluran, termasuk saluran siaran percuma 8TV, serta platform dalam talian dan mudah alih. 

“Program bahasa Mandarin kami merupakan penyumbang penting bagi perniagaan CJ WOW SHOP secara keseluruhannya. Hal ini terbukti melalui peningkatan transaksi serta bilangan pelanggan berbahasa Mandarin. Oleh itu, menjadikan ntv7 sebagai platform utama bagi segment ini adalah selari dengan strategi pengembangan kami. 
"Dengan menyediakan lebih banyak slot program bagi para penonton, kami dapat memenuhi permintaan pengguna terhadap produk penuh daya cipta yang dapat memperkayakan hidup sambil berkongsi detik-detik wow bersama mereka,” demikian kata Encik Kim Yang Hyun, Ketua Pegawai Eksekutif MP CJ ENM Sdn Bhd dalam ucapan beliau sempena pelancaran kempen Tahun Baru Cina 2019 Rangkaian TV Media Prima.

Encik Johan Ishak, Ketua Pengawai Eksekutif Media Prima TV Networks meyatakan bahawa program Bahasa Mandarin CJ WOW SHOP amat sesuai dengan program waktu perdana lain seperti Drama Korea, Berita Mandarin, Drama Cina dan juga filem Bahasa Inggeris.

Semenjak melancarkan kandungan bahasa Mandarin pertamanya pada 8 Januari 2018, platform ini telah menyaksikan peningkatan stabil dalam bilangan pelanggan daripada masyarakat Cina, dengan pertumbuhan tahunan lebih 45%. 

Kejayaan yang memberangsangkan ini didorong oleh beberapa pengacara berkaliber yang bukan sahaja menjadikan setiap demonstrasi produk begitu menghiburkan, tetapi juga menjamin keberkesanan pengenalan pelbagai produk.

Kandungan di saluran baru ntv7 juga akan menampilkan beberapa pengacara bahasa Mandarin baharu, yang bakal diperkenalkan kepada semua melalui program siaran langsung khas kami pada hari Isnin, 31 Disember 2018, 8.30 malam di ntv7. 

Mereka akan menjayakan program-program bahasa Mandarin kami bersama barisan pengacara sedia ada yang telah meraih ramai peminat, termasuk Baki Zainal, Pauline Tan, Gary Yap, Desmond Tey, Kah Chee, Shin Kong dan lain-lain.

Melalui gabungan barisan pengacara yang hebat serta standard penerbitan Korea yang tinggi, CJ WOW SHOP telah menjadi satu platform penting yang membolehkan jenama-jenama menampilkan kehebatan produk mereka serta memperluas capaian mereka dalam pasaran bagi menjana pendapatan lebih tinggi.

“Rangkaian beli-belah di rumah kami merupakan platform utama yang membolehkan jenama-jenama menembusi pasaran masyarakat Cina, serta mempopularkan produk mereka secara berkesan. 
Dalam beberapa tahun ini, kami telah membantu banyak jenama tempatan seperti MUGEN, Riino, SimplySiti, Gmax, Gintell dan sebagainya untuk menyerlahkan potensi mereka dan memanfaatkan peluang platform ini. 
Kini, melalui pelancaran slot ntv7 baru, kami bersedia menyediakan lebih banyak jenama di CJ WOW SHOP bagi memberi kejutan manis kepada pelanggan kami,” tambah Encik Kim Yang Hyun.

Bagi meraikan pelancaran CJ WOW SHOP di ntv7, satu program siaran langsung khas bakal disiarkan pada 31 Disember 2018, 8.30 malam. Program bercorak rancangan permainan tersebut akan menghiburkan penonton dengan segmen penuh keseronokan selama 1 jam bersama pengacara-pengacara kegemaran mereka, sekaligus memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru mereka!

Tambahan pula, tujuh lagi segmen siaran langsung yang masing-masing berdurasi 1 jam akan berlangsung sepanjang hari pada 31 Disember 2018 dan 1 Januari 2019 bermula pada 10 pagi. Bagi sebarang pembelian yang dibuat semasa siaran langsung program ini, pelanggan akan dapat menikmati promosi istimewa, termasuk Set Kayu Penyepit Makanan WOW edisi terhad, serta diskaun 5% dan Mata Ganjaran Wow sebanyak 5% bagi setiap transaksi melalui platform e-dagang CJ WOW SHOP.

Pelanggan boleh membeli produk-produk yang terpapar di kaca televisyen dengan membuat panggilan ke talian bebas tol 1-800-18-0808 atau melayari laman sesawang beli-belah dalam talian, http://www.cjwowshop.com.my atau melalui pilihan aplikasi mudah-alih CJ WOW SHOP yang boleh dimuat turun melalui Android atau iOS.


[KREDIT: cj wow Shop]

Post a Comment

0 Comments