Hot Posts

6/recent/ticker-posts

EYE IN THE SKY, PAPAR CABARAN POLIS WANITA


PASTINYA tugas dan cabaran pasukan keselamatan negara untuk mengekalkan keharmonian serta menjaga keamanan negara semakin kompleks dan jauh berbeza berbanding dahulu. Peranan anggota keselamatan lelaki dan wanita juga seiring dalam menggalas tanggungjawab memastikan keamanan negara terus terpelihara.

Menonjolkan sisi ‘kuasa’ dan cabaran kepada polis wanita dalam menjalankan tugas dan misi membanteras penjenayah, RTM menyiarkan filem Eye In The Sky pada 20 September Ini, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2.

Menampilkan gandingan mantap pelakon berpengalaman, seperti Simon Yam, Maggie Shiu, Tony Leung Ka Fai, Kate Tsui dan Cheung Siu Fai, filem arahan Yau Nai-hoi ini menonjolkan plot penceritaan sekumpulan watak utama bermula dengan memperkenalkan watak Wang Man Chin merupakan ketua unit pasukan pengawasan. 

Salah seorang anggota baru beliau ialah seorang wanita yang dipanggil ‘Chu Loi’ oleh rakan-rakannya dalam pasukan polis itu. 




Unit mereka diarah menjalankan satu operasi pengintipan terhadap sekumpulan perompak yang giat merompak kedai-kedai barang emas secara terancang. Ketua perompak yang merancang semua perompakan itu ialah Chan Chong Shan. 

Wang Man Chin dan ‘Chu Loi’ memulakan penyiasatan ke atas seorang ahli perompak yang bernama ‘Fatman’ yang telah dikenal pasti melalui TV litar tutup di sebuah kedai. Penyiasatan mereka yang berlanjutan secara mendalam telah mendedahkan identiti ketua dan ahli-ahli kumpulan perompak. 

Semasa Chan Chong Shan dan ahli-ahli kumpulannya melakukan satu lagi rompakan, mereka dikepung oleh polis tetapi mereka masih berjaya melarikan diri. Akhirnya, ‘Chu Loi’ dengan bimbingan ketuanya, Wang Man Chin berjaya menjejaki kesan kumpulan perompak ini dan cuba menumpaskan kumpulan penjahat termasuk ketuanya, Chan Chong Shan.

Begitupun adakah cubaannya berjaya? Ikuti kesudahannya dalam filem ini.




EYE IN THE EYE
Tarikh Tayangan: 20 September 2018
Hari: Khamis
Masa: 9.30 Malam
Saluran: TV2
Terbitan: RTM  
Arahan: Yau Nai-hoi   
Pelakon: Simon Yam, Maggie Shiu, Tony Leung Ka Fai, Kate Tsui dan Cheung Siu Fai 


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments