Hot Posts

6/recent/ticker-posts

AMIRA ROSE, CATAT 10 JUTA TONTONAN


DRAMA mini bersiri Amira Rose yang ditayangkan buat julung kali semasa Aidifitri telah mendapat sambutan hangat daripada kalangan penonton di seluruh tanah air. 

Drama dibintangi Aiman Hakim dan Farah Nabilah ini telah mencatatkan sebanyak 10 juta tontonan menerusi platform TV, atas talian, dan media sosial.

Amira Rose dipersembahkan menerusi kerjasama Samsung Malaysia Electronics dengan Media Prima Television Networks (MPTN). Sejak tayangan perdana, drama ini telah menyaksikan peningkatan dalam penarafannya dan turut mendapat reaksi positif daripada penonton. 

Para peminat berkongsi bahawa jalan cerita yang menarik serta mutu kandungan Amira Rose yang tinggi telah menetapkan piawaian baru bagi kandungan drama Melayu.

Nini Yusof, Pengarah, Jualan dan Strategi, Media Prima Television Networks berkata, 

“Dengan memanfaatkan keupayaan MPTN serta pelbagai sumber kreatif, kejayaan Amira Rose disebabkan integrasi unik antara aspek kandungan serta pelbagai platform rangkaian kami untuk memaksimumkan kerelevanannya dengan penonton. Menerusi Amira Rose kami mendapati drama bersiri pendek semakin mendapat sambutan dalam kalangan penonton di Malaysia. 
“Kerjasama kami dengan Samsung memberi tumpuan kepada penghasilan kandungan yang menarik untuk peminat drama Melayu. Kerjasama ini dihasilkan berdasarkan keyakinan dengan rekod prestasi MPTN yang kukuh, serta komitmen berterusan Samsung dalam memberi inspirasi kepada penonton untuk mengubah cara mereka berkomunikasi, berkongsi maklumat serta mengalami dunia ini,” tambah Nini.

Siri mini ini adalah antara produksi yang tidak lagi menggunakan gaya penggambaran konvensional supaya dapat membawa daya tarikan yang berbeza bagi drama Melayu. Pasukan produksi berjaya menyuntik pelbagai elemen drama bersiri Korea dari segi watak, plot dan ciri-ciri estetik dalam Amira Rose, di samping mengekalkan keindahan persekitaran kampung Melayu tradisional yang unik sebagai latar belakangnya.

Amira Rose juga berjaya mencapai kedudukan yang cemerlang sebagai drama TV yang paling diikuti pada bulan Jun, yakni tempat keempat. Berikutan tayangan pertamanya yang berdurasi 30 minit, kadar tontonan untuk siri-siri berikutnya telah mencecah lebih 300% pada keseluruhannya. 

Sejak finale drama bersiri ini, penonton berharap drama Amira Rose dapat dilanjutkan kerana jalan ceritanya yang menakjubkan. Lebih-lebih lagi peminat berkongsi bahawa Aiman Hakim dan Farah Nabilah merupakan pasangan kekasih yang cukup secocok dalam drama ini, dan berharap untuk menyaksikan lebih banyak kerjasama antara dua artis popular ini.




Ketika mengulas tentang kejayaan Amira Rose, Aiman Hakim berkata, 

“Saya sangat berbesar hati kerana peminat saya menikmati drama bersiri ini, dan saya amat menghargai sokongan berterusan mereka. Dalam penghasilan drama ini, kami berpeluang berbincang dan mengubah suai jalan cerita untuk menjadikannya karya tersendiri kami dengan adegan spontan.  
Saya berharap akan berpeluang lagi untuk terlibat dalam drama bersiri sedemikian, kerana saya bercita-cita untuk menyampaikan kandungan yang bermutu tinggi kepada peminat.”

Farah pula berasa terkejut dengan sambutan yang diterima Amira Rose. 

“Saya sangat teruja dengan reaksi hangat yang ditunjukkan peminat saya serta para penonton! Sebenarnya, ini hanya kali kedua saya bekerjasama dengan Aiman dalam drama bersiri, dan saya amat terharu dengan sambutan serta komen positif daripada peminat,” ujar Farah.

Pengikut drama yang belum lagi menonton Amira Rose atau ingin mengalami semula kehebatan drama bersiri ini dapat menikmatinya di www.tonton.com.my dan saluran YouTube TV3 (www.youtube.com/TV3MALAYSIAOFFICIAL).


[KREDIT: TV3/SAMSUNG]

Post a Comment

0 Comments