DISNEYNATURE menampilkan filem terbaharu, Orangutan, yang bakal ditayangkan secara eksklusif di Disney+ sempena Hari Bumi pada 22 April.
Filem ini membawa penonton menyelami kehidupan Indah, seekor orangutan remaja yang ingin belajar berdikari dan memahami dunia di sekelilingnya ketika bersedia meninggalkan keluarga buat pertama kali.
Gambaran pertama filem ini kini didedahkan dengan memperlihatkan Indah dan komuniti orangutan yang penuh keunikan, kegembiraan, serta tingkah laku yang sentiasa memikat hati. Ia bukan sekadar dokumentari biasa tetapi mengajak penonton menjejak kehidupan haiwan ini dari sudut pandang yang lebih intim dan mendalam.
Mark Linfield, yang telah mengarah pelbagai rancangan hidupan liar di seluruh dunia, berkongsi rasa kagumnya terhadap orangutan dan pengalaman unik yang ditemui sepanjang penggambaran filem ini.
“Selepas mengarah rancangan hidupan liar di seluruh dunia selama 30 tahun, saya boleh katakan orangutan memang haiwan kegemaran saya. Mereka lembut, lucu, bijak, dan sentiasa mengejutkan.
Orangutan membawa penonton tinggi di atas kanopi hutan hujan yang menakjubkan di Asia Tenggara, di mana komuniti orangutan yang misteri dan penuh personaliti ceria ini menghuni kehidupan mereka dengan penuh keunikan.
Filem ini diarahkan oleh Mark Linfield, bersama Vanessa Berlowitz, serta diterbitkan oleh Linfield, Berlowitz, dan Roy Conli. Muzik asal dihasilkan oleh Nitin Sawhney, menambahkan lagi kedalaman emosi dan pengalaman menonton.
Dengan gabungan aksi memukau, pertemuan yang menghangatkan hati, dan pandangan dekat terhadap hutan yang dipenuhi kehidupan liar, Orangutan menyajikan pengalaman sinematik yang bukan sahaja menghiburkan, malah mendidik dan menyentuh jiwa penonton.
Jangan ketinggalan menyaksikan tayangan eksklusif Orangutan pada 22 April, hanya di Disney+.
ARTIKEL LAIN:
0 Comments